Page 59 - BUKU TEKS SK T4
P. 59
3 Membaiki ralat dalam algoritma.
Nombor baris yang menghasilkan output yang tidak tepat ialah baris
ketiga. Baris pseudokod yang berkait adalah:
3. Papar "Hello "
Logic errors in Java Setelah diteliti, kelihatan jelas bahawa pemboleh ubah nama yang
goo.gl/a1n26U mengandungi input pengguna tidak ada dalam baris tersebut. Baiki baris
tersebut: 3. Papar "Hello " + nama
Jadi, pseudokod yang dibaiki kelihatan seperti yang berikut:
1. Mula
2. Input nama
3. Papar "Hello " + nama
4. Tamat
Ulangi langkah-langkah pengujian menggunakan pseudokod yang telah
dibaiki. Pada kali ini, hasil "Output Diperoleh" menepati "Output Dijangka".
Ujian dibuat beberapa kali untuk pengesahan.
Uji Minda
Apakah perbezaan # Input uji Output Dijangka Output Diperoleh
antara ralat algoritma
dan ralat atur cara? 1 Adam Hello Adam Hello Adam
Antara ralat yang
algoritma dan ralat atur 2 Zhi-Yi Hello Zhi-Yi Hello Zhi-Yi
cara, yang manakah
lebih mudah dikesan 3 Darshini Hello Darshini Hello Darshini
dan dibaiki?
Aktiviti Berkumpulan
9 Desk checking
Anda dan rakan-rakan ingin melakukan perbandingan harga bagi makanan yang dijual di kantin sekolah
anda dengan harga jangkaan anda. Lakukan aktiviti ini berdasarkan arahan yang berikut.
1. Bina satu jadual harga makanan yang anda dan rakan-rakan anda jangkakan. Misalnya, harga
sepinggan nasi lemak, mi goreng, air sirap, dan kuih-muih. Contoh jadual adalah seperti berikut:
Nama makanan Harga yang dijangka
Nasi lemak RM1.50
Mi goreng RM 1.50
Air sirap RM 0.50
Kuih-muih (sebiji) RM 0.40
2. Kemudian, pergi ke kantin sekolah anda dan bina jadual harga makanan yang sama yang didapati
di kantin sekolah anda. Bina jadual seperti di arahan 1.
3. Setelah itu, bandingkan harga makanan yang anda jangkakan dengan harga sebenar makanan di
kantin sekolah anda. Aplikasikan pembelajaran desk checking yang telah anda pelajari.
Sains Komputer Tingkatan 4
50

