Page 56 - BUKU TEKS SK T4
P. 56

Langkah 4: Membaiki Ralat Dalam Algoritma



                                       Susah faham                   1  Semak nama pemboleh ubah



                                       Tidak lengkap                 2  Semak umpukan
                     Ralat                                 ?         3  Semak ungkapan
                   algoritma                                         4  Semak urutan betul
                                       Tidak efisien                 5  Semak syarat struktur kawalan
                                                                     6  Semak cabang struktur kawalan
                                      Tidak penuhi kriteria






                 1  Susah faham: Adakah baris-baris algoritma mudah diikuti semasa
                   pengujian?
                   Jika tidak, semak penggunaan bahasa. Gunakan bahasa mudah,
                   ringkas dan konsisten.
                 2  Tidak lengkap: Adakah algoritma melaksanakan semua fungsi yang
                   diperlukan?
                   Sekiranya tidak, tambah baris-baris pseudokod untuk fungsi yang
                   tidak dimasukkan.
                 3  Tidak efisien: Adakah urutan dan struktur algoritma kompleks?
                   (a) Penyataan-penyataan yang tidak digunakan langsung harus dibuang.
                   (b) Semak syarat dalam struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan
                      pengulangan supaya boleh menghasilkan kedua-dua keputusan
                      "Benar" atau "Palsu".
                   (c)  Jika syarat struktur kawalan pilihan sentiasa menghasilkan "Benar"
                      sahaja atau "Palsu" sahaja sepanjang masa, buang salah satu
                      cabang pilihan dan ubah kepada struktur kawalan urutan.
                   (d) Jika syarat dalam struktur pengulangan sentiasa "Palsu", semak
                      sekiranya blok pengulangan benar-benar diperlukan.
                   (e) Jika syarat dalam struktur pengulangan sentiasa "Benar", semak
                      ungkapan syarat jika ada kesilapan untuk mengemaskinikan nilai
                      pemboleh ubah.
                 4  Tidak penuhi kriteria: Adakah "Output Diperoleh" berlainan daripada
                   "Output Dijangka"?                                               An algorithm for error
                   (a) Semak ungkapan yang digunakan untuk sebarang kesilapan.      correcting cyclic redundance
                   (b) Semak urutan baris algoritma supaya logik.                   checks
                   (c)  Pastikan nilai-nilai diumpuk kepada pemboleh ubah yang sesuai.  goo.gl/HWyvu2





                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   47
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61