Page 24 - buku pengurusan smkj21
P. 24
15.4.2 Mengambil tindakan yang diperlukan dan;
15.4.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.
16. PELAWAT
16.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual -penjual kecuali dengan
kebenaran Pengetua atau wakilnya.
17. MEMBUAT PEROLEHAN BAHAN
17.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang
nota minta yang boleh diperoleh di pejabat.
17.2 Borang ini mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru Kanan/Ketua
Bidang/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
17.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan setelah nota minta
dilengkapkan.
17.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku
dengan kemas.
18. KEGIATAN KOKURIKULUM
18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur.
19. PERHIMPUNAN SEKOLAH
19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari- hari
yang ditetapkan.
19.2 Guru bertugas mingguan berperanan mel atih m uri d menjadi pengacara majlis dan
menyelaras acara- acara perhimpunan sepanjang minggu bertugas
19.3 Guru akan bersama-sama menyanyikan Lagu Negeri Pahang (Allah Selamatkan Sultan) dan
Lagu kebangsaan (Negaraku) serta membaca Ikrar Rukun Negara dan Rukun 12.
20. MESYUARAT GURU
20.1 Pengetua akan memanggil mesyuarat guru dari masa ke masa berdasarkan keperluan.
Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
20.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Bidang/Ketua Panitia.
20.3 Guru diwajibkan memakai pakaian kerja semasa menghadiri mesyuarat.
20.4 Setiausaha mesyuarat guru ialah setiausaha yang dilantik oleh JK Mesyuarat manakala
Guru , mesyuarat-mesyuarat lain mengikut lantikan.
21. BUKU STOK/INVENTORI
21.1 Guru Kanan/Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan
maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.
Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/Penolong Kanan.
19

