Page 25 - buku pengurusan smkj21
P. 25

22.    TANDA NAMA
                         22.1   Semua  guru  hendaklah  memakai  tanda  nama  yang  telah  ditetapkan,  sepanjang  masa
                                bekerja di sekolah atau bertugas di luar sekolah.

                  23.    KEAHLIAN KELAB GURU & KAKITANGAN DAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

                         23.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
                         23.2 Jumlah yuran Kelab Kebajikan Staf tertakluk kepada keputusan mesyuarat agung tahunan.
                         23.3 Semua guru dikehendaki menjelaskan yuran PIBG setiap tahun.

                  24.    PENGGUNAAN ALAT-ALAT

                         24.1   Penggunaan alat-alat hendaklah betul dan mengikut peraturan.
                         24.2   Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
                         24.3   Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali
                                dengan segera serta berkeadaan baik.
                         24.4   Jika rosak hendaklah dilaporkan serta-merta.

                  25.    SURAT ARAHAN DAN PEKELILING PERKHIDMATAN

                         25.1   Setiap  arahan  dan  pekeliling  yang  dikeluarkan  oleh  Pengetua  hendaklah  dibaca  dengan
                                teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
                         25.2   Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di  dalam
                                fail khas.
                         25.3   Sekiranya  pekeliling  itu  dari  KEMENTERIAN  PELAJARAN  MALAYSIA  /PPG/PPD,  guru
                                hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah diambil tindakan.

                  26.    TELEFON

                         26.1   Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
                         26.2   Menggunakan  telefon  bimbit  semasa  pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  kelas  dan
                                perhimpunan rasmi adalah dilarang sama sekali
                         26.3   Pastikan  status  telefon  bimbit  berada  dalam  mod  senyap  semasa  acara  rasmi  sekolah
                                berlangsung.

                  27.    KUNCI

                         27.1   Semua  kunci  mesti  disimpan  di  pejabat.  Pengambilan  kunci  mesti  direkodkan  dalam
                                Rekod Pinjaman Kunci dan ditandatangani semasa pemulangan dibuat
                         27.2   Kalau  ada  guru  yang  hendak  menyimpan  kunci  bilik-bilik  tertentu,  guru  tersebut
                                hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut  bertanggungjawab
                                terhadap bilik tersebut sepenuhnya

                  28.    ACARA RASMI ATAU MAJLIS SEKOLAH

                         28.1   Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.








                                                                                                           20
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30