Page 62 - buku pengurusan smkj21
P. 62
khidmat sokongan; tidak lagi diperlukan oleh jabatan; perubahan teknologi; dan
melebihi keperluan. Perakuan Pelupusan (PEP) perlu disediakan bagi pelupusan aset
tertentu. Aset hendaklah diperiksa oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan (LPP). Sekolah
boleh menggunakan LPP sedia ada daripada sekolah-sekolah lain (dalam negeri yang
sama) dibawah KPM ataupun mewujudkan LPP baru mengikut prosedur yang
ditetapkan. Bagi pelupusan yang melibatkan tidak lebih daripada RM50,000 bagi tiap-
tiap satu barang dan tidak lebih daripada RM500,000 bagi nilai agregatnya untuk
semua jenis aset kecuali kehilangan akibat kecurian, penipuan dan kecuaian pegawai
awam perlu diserahkan kepada urusetia pelupusan di JPN yang mana kuasa
meluluskan pelupusan adalah Pengarah/Timbalan Pengarah JPN.
• Kehilangan dan Hapus Kira - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.8
Pegawai yang mengetahui kehilangan hendaklah melaporkannya kepada PGB dengan
serta merta. PGB atau pegawai bertanggungjawab ke atas kehilangan atau Pegawai
Aset atau Pegawai Penempatan atau pegawai yang mengetahui kehilangan berlaku,
hendaklah membuat laporan polis dengan seberapa segera, tidak lewat dari 24 jam
dari masa kehilangan telah diketahui. PGB hendaklah menyediakan Laporan Awal
Kehilangan Aset Alih dan mengemukakan kepada KSU dan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan.
Unit Pengurusan Aset Kementerian akan mengurus pelantikan Jawatankuasa
Penyiasat Kehilangan Aset Alih hingga keputusan hapus kira/keputusan
tatatertib/Setiausaharcaj. PGB mengambil tindakan terhadap syor, keputusan
penyiasatan dan kelulusan hapus kira. Pegawai Aset mengemaskinikan maklumat
aset berkaitan.
c. Menyelia pengurusan stok kerajaan di bawah kawalannya yang ditempatkan di stor
dengan pematuhan kepada prosedur serta menggunakan borang/forma/dokumen yang
telah ditetapkan merangkumi penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran,
pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Stok
bermakSetiausahad barang-barang belum guna dan perlu disimpan atau untuk digunakan
terus bagi tujuan operasi atau penyelenggaraan. Antara contoh stok termasuk bekalan
kertas A4 yang dibeli untuk tempoh setahun perlu diurus mengikut tatacara pengurusan
stok yang telah ditetapkan. Pegawai lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan
stok adalah pegawai stor, pegawai pelulus pengeluaran stok dan Pemverifikasi Stor.
d. Menyediakan laporan suku tahun pengurusan aset dan stor menggunakan format
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 1.1 (Lampiran A) untuk dibentangkan dalam
mesyuarat JAWATANKUASAPAK. Mesyuarat JAWATANKUASAPAK hendaklah
dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan. **sekolah bukan Pusat
Tanggungjawab (PTJ) tidak perlu melaksanakan mesyuarat tetapi hanya perlu
menyediakan laporan Setiausahaku tahun pengurusan aset dan stor menggunakan
format Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 1.1 (Lampiran A). Laporan hendaklah
dikemukakan kepada PPD.
e. Menyediakan laporan suku tahun pengurusan aset dan stor menggunakan format
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 5.1 (Lampiran B) untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat JPKA. Mesyuarat JPKA hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1)
kali dalam tempoh tiga (3) bulan.
55

