Page 57 - buku pengurusan smkj21
P. 57
Tugas dan Tanggungjawab :
1. Memastikan pelaksanaan PPGB mengikut tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen
iaitu:
a. Surat lantikan mentor oleh pentadbir sekolah
b. Akuan terima guru mentor dan guru baharu
c. Log pementoran
d. Borang penilaian guru baharu
e. Laporan status pelaksanaan PPGB
f. Sijil penyertaan PPGB dan sijil penghargaan PPGB
2. Memastikan pelaksanaan PPGB distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu fasa orientasi, fasa
pementoran dan fasa pembangunan profesionalisme dalam tempoh tiga (3) tahun pertama
perkhidmatan.
3. Pelaksanaan ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak.
3.4 JAWATANKUASA KECIL STAF BERMASALAH DAN TATATERTIB
Setiausaha : Nor Azlina Bt Md Anwar
Ahli Jawatankuasa : Zairol Azim Bin Ibrahim (GPK Pentadbiran)
: Mohd Karim Bin Ismail (GPK HEM)
: Abu Bakar Bin Husain (GPK Kokurikulum)
Tugas dan Tanggungjawab :
1. Memastikan semua pegawai menandatangani Surat Aku Janji untuk penjawat awam dan
memperbaharui ikrar aku janji untuk penjawat awam setiap tahun.
2. Memberi taklimat peraturan-peraturan am penjawat awam dan perbuatan-perbuatan yang
boleh disabitkan sebagai salahlaku tatatertib dan jenis-jenis hukuman-hukuman tatatertib
kepada pegawai seliaan.
3. Memastikan pematuhan prosedur tatatertib selaras dengan peraturan sedia ada.
4. Memastikan pengurusan fail tatatertib dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
5. Mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang pengurusan tatatertib
perkhidmatan awam yang terkini.
6. Membuat penilaian dan saringan kepada guru dan staf yang bermasalah dan merujuk kepada
Kaunselor Pendidikan Daerah (KPD) bagi mendapatkan perkhidmatan sesi
kaunseling/bimbingan.
7. Melaporkan salah laku pegawai ke Lembaga Tatatertib (LTT) di Jabatan/Kementerian.
8. Melaksanakan;
a. Tindakan pengesanan/mengenal pasti masalah terhadap pegawai
b. Tindakan dalam bentuk pembetulan dan pembaikan
c. Tindakan lain secara pentadbiran
d. Tindakan dalam bentuk hukuman
e. Tanggungjawab selepas pegawai dikenakan hukuman tatatertib
50

