Page 60 - buku pengurusan smkj21
P. 60

4.   Memastikan  syarikat/kontraktor  yang  mengambil  bahagian  dalam  perolehan  kerajaan
                           berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan serta
                           berdaftar  dengan  Pusat  Khidmat  Kontraktor  (PKK)  dan  Lembaga  Pembangunan  Industri
                           Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) bagi perolehan kerja.
                       5.   Memastikan penilaian teknikal dan kewangan yang dibuat ke atas sebut harga adalah yang
                           terbaik  dan  paling  menguntungkan  (best  value  for  money)  kepada  kerajaan  serta
                           dilaksanakan secara telus.
                       6.   Memastikan  Jawatankuasa  Sebut  Harga  bersidang  dengan  kerapnya  untuk  melancarkan
                           perancangan perolehan dan mempercepatkan sistem penyampaian kerajaan.
                       7.   Memastikan  perolehan  yang  dilaksanakan  tidak  dipecah  kecil  untuk  mengelakkan  diri
                           daripada membuat pelawaan secara sebut harga atau tender.
                       8.   Memastikan  kontrak  ditandatangani  oleh  pegawai  awam  yang  diturunkan  kuasa  oleh
                           menteri.
                       9.   Memastikan  semua  kontrak  kerajaan  ditadbir  dengan  cekap  dan  telus  serta  memantau
                           kemajuan pelaksanaan projek agar tidak mengalami kelewatan atau menjadi projek sakit.


                       4.2  JAWATANKUASA KECIL ASET DAN STOR SEKOLAH

                       Ahli Jawatankuasa:
                       Nor Azlina Bt Md Anwar                     : Pendaftar Inventori
                       Kamarul Anuar Bin Duli                     : Pendaftar Harta Modal
                       Sariza Izam Bin Musa                       : Pegawai Pemeriksa
                       Nor Azlina Bt Md Anwar                     : Pegawai Pengurusan Stor
                       Wan Muhamad Nazri Bin Wan Abu Bakar        : Pegawai Pelupusan 1
                       Azman Bin Abd Kadir                        : Pegawai Pelupusan 2

                       Tugas dan Tanggungjawab : :
                       1.   PGB sebagai ketua jabatan perlu memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap,
                           teratur  dan  berkesan  mengikut  semua  Pekeliling  Perbendaharaan  yang  berkaitan.
                           Ketidakpatuhan kepada perkara tersebut akan menyebabkan sekolah berkenaan mendapat
                           teguran audit.
                       2.   Pengurusan  aset  diketuai  oleh  Pegawai  Aset  dan  dibantu  oleh  Pembantu  Pegawai  Aset
                           bertanggungjawab untuk:
                           a.   Memastikan  pelantikan  pegawai  (mengikut  keperluan  serta  bilangan  yang
                                berseSetiausahaaian) seperti jadual dibawah ;

                                         Pelantikan Pegawai                     Pihak Berkuasa Melantik
                                 Pegawai Aset                               Pengerusi JKPAK Kementerian

                                 Pembantu Pegawai Aset                      PGB
                                 Pegawai Penerima                           PGB

                                 Pegawai Pemeriksa Aset                     Pengerusi JKPAK Kementerian
                                 Lembaga Pemeriksa Pelupusan                Pengerusi JKPAK Kementerian
                                 Jawatankuasa       Penyiasat               KSETIAUSAHA
                                 Kehilangan Aset Alih




                                                                                                           53
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65