Page 59 - buku pengurusan smkj21
P. 59

4.   Meneliti  perancangan  untuk  menggunakan  lebihan  bagi  menampung  kekurangan  secara
                           agihan semula dan pindah peruntukan.
                       5.   Memastikan  semua  perbelanjaan  yang  dilakukan  selaras  dengan  kelulusan  yang  telah
                           diperolehi.
                       6.   Memastikan semua perbelanjaan mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan.
                       7.   Memastikan peruntukan adalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan.
                       8.   Memastikan semua bil dibayar dalam tempoh 14 hari.
                       9.   Memastikan semua bil disokong dengan butir-butir lengkap.
                       10.  Memastikan  pembayaran  bil  di  bawah  Arahan  Perbendaharaan  58(a)  dan  Arahan
                           Perbendaharaan diselesaikan.
                       11.  Memastikan Laporan Kelewatan Bayaran Bil dikemukan ke Perbendaharaan secara bulanan.

                       (B) PENGURUSAN PERAKAUNAN
                       1.   Rujuk tatacara kewangan dalam talian eSPKWS.
                       2.   Memastikan penyata perbelanjaan bulanan/tahunan disahkan.
                       3.   Memastikan  semua  teguran/naziran  sistem  kewangan/perakaunan  diambil  tindakan  dan
                           kesalahan yang sama tidak berulang.
                       4.   Memastikan akaun Panjar Wang Runcit diuruskan mengikut Arahan Perbendaharaan dan
                           peraturan-peraturan yang dtetapkan seperti berikut:
                           a.   Menyediakan Penyata Pengesahan Baki Akaun Panjar disediakan.
                           b.   Menyediakan  Penyata  PenyeSetiausahaaian  bagi  baki  mengikut  rekod  pemegang
                                panjar (kecuali Panjar Wang Runcit) dan baki mengikut penyata JAN/ Bank disediakan
                                tiap-tiap bulan.
                           c.   Mengemukakan  Sijil  Perakuan  Panjar  dan  dokumen  sokongan  dikemukakan  untuk
                                diaudit.
                           d.   Melaksanakan pemeriksaan mengejut sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali.
                       5.   Memastikan  kumpulan  wang  amanah/akaun  amanah/akaun  deposit  diuruskan  mengikut
                           peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti berikut:
                           a.   Menyediakan penyata kewangan bagi Kumpulan Wang Amanah, Penyata Terimaan dan
                                bayaran bagi Akaun Amanah dan dikemukakan untuk diaudit.
                           b.   Menyediakan  Sijil  Pengesanan  Baki  bagi  Kumpulan  Wang  Amanah,  Akaun  Amanah
                                berdasarkan rekod Pegawai Pengawal dengan baki JANM setiap bulan.
                           c.   Mengemaskinikan senarai baki individu bagi Akaun Deposit.
                           d.   Mengambil tindakan yang sesuai terhadap akaun-akaun yang tidak aktif.
                       6.   Memastikan  Pendahuluan  Diri  dan  Pendahuluan  Pelbagai  diuruskan  mengikut  Arahan
                           Perbendaharaan, pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa termasuk:
                           a.   Mengemaskinikan Daftar Pendahuluan Diri dan Daftar Pendahuluan Pelbagai
                           b.   Menyenaraikan nama pegawai yang masih belum membayar balik pendahuluan
                           c.   Melaksanakan tindakan mengutip balik atau potongan gaji

                       C) PENGURUSAN PEROLEHAN
                       1.   Meneliti perancangan tahunan dan perancangan awal perolehan sekolah serta menyemak
                           prestasi perolehan yang telah dilaksanakan berdasarkan perancangan tersebut.
                       2.   Memastikan semua urusan berkaitan perolehan kerajaan berdasarkan amalan tadbir urus
                           baik (good governance practises) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan kerajaan dan
                           semua dasar semasa kerajaan.
                       3.   Memastikan  peraturan  perolehan  kerajaan  yang  berkuat  kuasa  dipatuhi  sepenuhnya,
                           termaSetiausahak perolehan bagi item Kontrak Pusat dan Kontrak Sistem Panel.




                                                                                                           52
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64