Page 15 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 15
Dikenali sebagai Tang Yuan dalam
bahasa cina dan dibuat daripada tepung
pulut, barbola kecil dan bolehlah sama
ada berisi atau tanpa isi serta dimakan
dengan sirap manis. Secara tradisinya,
dimakan semasa Yuanxiao dan Perayaan
Pertengahan Musim Sejuk di bulan
December. Makanan ini melambangkan
kebersamaan keluarga dan juga
keharmonian antara suami dan isteri oleh
itu, makanan ini juga akan dimakan oleh
pengantin perempuan dan lelaki semasa
majlis perkahwinan mereka.
Dikenali sebagai Bak Chang dalam bahasa
cina dan dimakan semasa Perayaan Duan
Wu. Dibuat daripada beras pulut dan
berintikan kacang tanah serta dibungkus
oleh daun buluh. Mempunyai sejarah
tersendiri iaitu pada zaman dulu dalam
Negara China, seorang raja yang
terpengaruh bernama Qu Yuan berasa
sangat tertekan sehingga bunuh diri
dengan melompat ke dalam sungai
disebabkan oleh kejatuhan negara ke pihak
musuh. Rakyat yang begitu sedih dengan
peristiwa ini telah melemparkan Bak Chang
ke dalam sungai itu supaya ikan-ikan tidak
makan mayat Qu Yuan.

