Page 14 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 14
MAKANAN
KAUM CINA
Kuih bakul juga dikenali sebagai Nian Gao
dalam bahasa cina dan serupa dengan
dodol tetapi lebih kenyal daripada dodol.
Kuih bakul ini sering dimakan dan
digunakan untuk sembahyang semasa
perayaan Tahun Baru Cina. Kuih ini juga
mempunyai symbol yang tinggi iaitu
“semakin tahun semakin tinggi (maju)”
Kuih ini dibuat dengan tepung pulut dan
gula. Kuih ini akan mengambil masa
sekurang-kurangnya 3 hari untuk
disiapkan.
Kuih bulan ialah kuih tradisional cina
yang akan dimakan dan dihadiahkan
kepada rakan-rakan semasa
Perayaan Pertengahan Musim Luruh
(juga dikenali sebagai Pesta
Tanglung.) Biasanya pastri berbentuk
bulat atau segi empat tepat. Inti tebal
sentiasa dibuat daripada isi biji teratai
dibalut dengan satu kerak nipis dan
boleh mengandungi kuning telur
daripada telur itik masin. Orang cina
biasanya makan dalam bahagian
yang kecil dan dihidangan bersama
Teh Cina

