Page 12 - PAMERAN BERTEMA MAYA ULAM-ULAMAN
P. 12
PERIA KATAK
Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear
atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili
Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam
sebagai makanan. Nama botaninya Momordica charantia.
Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut
dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya
sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar
sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-
daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap
daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.
Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga
jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit
yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya
memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram
sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah.
Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan
berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah
berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.
Kegunaan masakan
Peria katak jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana
rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh
disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan
kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.

