Page 10 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 10

2.1  OBJEKTIF RMT DI SEKOLAH RENDAH

                          2.1.1  Objektif Am

                                 Untuk  memberi  makanan  tambahan  kepada    murid-murid    sekolah
                                 rendah,  terutamanya  dari  luar  bandar  dan  golongan  berpendapatan
                                 rendah,  secara  imbuhan  untuk  sementara  waktu,  bagi  memperbaiki

                                 keadaan  kesihatan,  fizikal  dan  amalan  pemakanan.  Ini  adalah  sebagai
                                 suatu  usaha  KPM  selaras  dengan  Pelan  Pembangunan  Pendidikan

                                 Malaysia (PPPM).


                          2.1.2  Objektif Khusus

                                 i)  Untuk  memberi  makanan  tambahan  yang  berzat  dan  seimbang
                                      kepada  murid-murid  yang  berkenaan  untuk  membantu  mereka

                                      mengatasi  pelbagai  masalah  dari  segi  pertumbuhan  badan  dan
                                      kekurangan  tenaga.

                                 ii)  Untuk  menyelenggarakan  pendidikan  kesihatan  dan  pemakanan
                                      secara langsung dan tidak langsung.
                                 iii)  Untuk memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta

                                      amalan-amalan  yang  diingini  berkaitan  dengan  kebersihan  diri,
                                      kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

                                 iv)  Untuk  memperkasakan  Amalan  Makanan  dan  Pemakanan  kerana
                                      program ini mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat.

                                 v)  Untuk  menggalakkan  penglibatan  dan  penyertaan    masyarakat
                                      dalam usaha-usaha sekolah, terutama Program RMT.




                          Program  makanan  tambahan  di  sekolah    telah    membantu    meningkatkan

                          prestasi  kehadiran  murid  ke  sekolah  dan  diharapkan  dapat  membantu  dalam
                          pencapaian  akademik  yang  lebih  baik  terutamanya  daripada  golongan

                          berpendapatan  rendah.









                                                                                                      10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15