Page 13 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 13

Berdasarkan  kriteria  yang  dinyatakan,  sekolah-sekolah  yang  terletak  di
                                 kawasan  kampung  dan  kawasan  mundur  serta  sekolah  yang

                                 mempunyai  bilangan  murid  yang  kecil  adalah  diberi  keutamaan.
                                 Pengagihan  peruntukan  adalah  berdasarkan  sifir  pengagihan  yang
                                 disediakan  pada  tiap-tiap  tahun  (bilangan  hari  dan  peruntukan  bagi

                                 seorang murid bagi setiap hari).


                          2.3.4  Hari dan Masa

                                 Pelaksanaan  RMT  bermula  pada  hari  pertama persekolahan  (Tahun  2-
                                 Tahun  6),  manakala  bagi  murid  Tahun  1  dan  kes  keciciran  pemohon

                                 (Tahun 2 – Tahun 6), bermula pada 1 Februari tahun semasa.


                                 Tempoh  pelaksanaan  bantuan  RMT  adalah  tidak  melebihi  190  hari
                                 persekolahan  setiap  tahun  (tertakluk  kepada  perubahan).  Bagi  sekolah

                                 yang  terdapat  murid-murid  beragama  Islam,  RMT  bagi  murid  ini
                                 dihentikan  untuk  sementara  waktu  pada  bulan    Ramadan,    tetapi

                                 bilangan  hari  bagi  makanan  tambahan  adalah  tetap  sama.  Pemberian
                                 RMT untuk dibawa pulang adalah TIDAK DIBENARKAN.


                                 Untuk  lebih  bermanfaat  dan  faedah  yang  sempurna,  makanan
                                 tambahan  diberi  kepada  murid-murid  sebelum  mereka  memulakan

                                 pelajaran  harian,  iaitu  sebagai  sarapan  bagi  yang  bersekolah  pagi  dan
                                 makanan  tengah  hari  bagi  yang  bersekolah  petang.  Walau

                                 bagaimanapun,  pemberian  RMT  pada  waktu  rehat  biasa  juga  boleh
                                 dilaksanakan bagi memudahkan kawalan oleh pihak sekolah.



                          2.3.5  Pelantikan Pembekal   Makanan

                                 Perolehan  bagi  program  RMT  ini  adalah  dikecualikan  daripada  sebut

                                 harga/tender  sebagaimana  yang  dinyatakan  dalam  Surat  Pekeliling
                                 Kewangan  Bilangan  2/2016.  Panduan  berikut  perlu  diikuti  bagi  proses

                                 perolehan  tersebut:





                                                                                                      13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18