Page 12 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 12

iii)  Sehingga  kini  semua  PPD/PPW  di  seluruh  Malaysia  mempunyai
                                      sekolah yang terlibat dalam program RMT ini.




                          2.3.2  Penerima

                                 Kriteria kelayakan murid  untuk menerima bantuan  RMT  adalah seperti

                                 berikut:

                                 i)   Murid  warganegara  Malaysia  dari  Tahun  1  hingga  Tahun  6  di

                                      semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
                                 ii)  Pendapatan  Ketua Isi  Rumah  (KIR)  adalah  di  bawah  Paras  Garis
                                      Kemiskinan (PGK) Nasional** (kategori miskin tegar).

                                 iii)  Murid  yang  berada  di  Sekolah  Orang  Asli/Penan  (kecuali  murid
                                      yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU); dan

                                 iv)  Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.


                                 Nota  :  Bagi  semua  kategori  murid  yang  layak  diatas,  proses

                                 permohonan  adalah  seperti  proses  biasa  (pengisian  borang)  dan  tiada
                                 kaedah layak menerima bantuan secara automatik.

                                 **  Perubahan    kelayakan    berdasarkan    pekeliling    yang

                                 berkuatkuasa  dari  semasa  ke  semasa  dan  kadar    PGK    Nasional
                                 bagi  tahun  semasa  yang  dikeluarkan  oleh  Unit  Perancang

                                 Ekonomi (EPU).


                          2.3.3  Bilangan  Penerima

                                 Bilangan  murid  yang  diberi  makanan  tambahan  berbeza  antara  satu
                                 sekolah dengan satu sekolah yang lain berdasarkan:

                                 i)   Kedudukan  sekolah;
                                 ii)  Saiz sekolah (bilangan murid-murid);

                                 iii)  Tagging sekolah yang ditentukan oleh Bahagian Perancangan dan
                                      Penyelidikan Dasar Pendidikan (Sekolah Orang Asli/Penan);
                                 iv)  Taraf pemakanan penduduk; dan

                                 v)  Pendapatan  keluarga.


                                                                                                      12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17