Page 11 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 11

2.2   STRATEGI PERANCANGAN,  PELAKSANAAN  DAN PENILAIAN

                          Pada  awal  perlaksanaan,  RMT  di  sekolah  rendah  dijalankan  selaras  dengan

                          Rancangan  Kesihatan  Sekolah,  rancangan  Amalan  Makanan  dan  Pemakanan
                          dan  Rancangan  Nadi.  Justeru,  perkara-perkara  yang  berkaitan  dengan
                          perancangan,  pelaksanaan  dan  penilaian  dilaporkan  dalam  mesyuarat

                          jawatankuasa  yang  terlibat  seperti  Jawatankuasa  Bersama  Kesihatan  Sekolah
                          dan Jawatankuasa Pemandu Rancangan Nadi.


                          Bermula  pada tahun  2016,  dua  bahagian  KPM terlibat  secara  langsung  dalam

                          pelaksanaan  RMT  di  sekolah  iaitu  Bahagian  Kewangan  yang  menjalankan
                          fungsi  sebagai  pengawal  peruntukan  dan  perbelanjaan  manakala  Bahagian
                          Pengurusan  Sekolah  Harian  melaksanakan  fungsi  sebagai  pengurus

                          pengoperasian  program  di  peringkat  JPN,  PPD/PPW  dan  sekolah.  Bagi
                          melancarkan  pelaksanaan,  Jawatankuasa  Bantuan  Murid  ditubuhkan  di

                          peringkat  KPM  bagi  merancang,  melaksana,  memantau  dan  menambahbaik
                          pelaksanaan  program  ini  dari  semasa  ke  semasa.  Di  peringkat  JPN  dan

                          PPD/PPW,  seorang  pegawai  dilantik  sebagai  penyelia  bantuan  murid  bagi
                          membantu  pengoperasian  dan  sebagai    penghubung    antara    pihak    KPM

                          dengan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program RMT.



                    2.3   KAEDAH PELAKSANAAN RMT DI SEKOLAH RENDAH

                          2.3.1  Liputan Sekolah

                                 Semua  sekolah  rendah  di  seluruh  Malaysia  yang    mempunyai    murid
                                 yang layak mendapat RMT adalah terlibat dalam rancangan ini. Faktor-
                                 faktor yang berikut telah dititikberatkan bagi  pelaksanaan rancangan  ini

                                 di seluruh Malaysia.

                                 i)   Terdapat  murid-murid  miskin  di  semua  kawasan  walaupun  kadar

                                      kemiskinan mereka berbeza.

                                 ii)  Pada  tahun  1978,  Menteri  Pendidikan  telah  mengumumkan  hasrat
                                      kerajaan  untuk  memperluaskan  RMT  ke  semua  sekolah  rendah

                                      menjelang tahun 1980.


                                                                                                      11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16