Page 15 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 15

pilihan  daripada  20  senarai  menu  yang  disediakan  mengikut
                                 kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid.


                                 Bagi  memastikan  menu  makanan  yang  disediakan  menarik  minat
                                 murid, semakan semula menu perlu dibuat satu kali setahun (Jun) oleh

                                 Jawatankuasa     Bantuan    Murid    (RMT)    dan    penukaran    menu
                                 dilaksanakan mengikut menu yang disenaraikan.



                          2.3.7  Peruntukan  Kewangan

                                 Semenjak  tahun  1976  sehingga  tahun  1978,  peruntukan    wang    bagi
                                 RMT  di  sekolah  rendah  telah  disampaikan  kepada  Kementerian

                                 Pendidikan  oleh  Jabatan    Perdana  Menteri    di    bawah  Rancangan
                                 Amalan Makan dan Pemakanan. Pada tahun 1979, rancangan ini telah

                                 diserahkan  kepada  KPM.  Pada  masa  sekarang  peruntukan  wang  bagi
                                 RMT  di  sekolah    rendah  disediakan  oleh    KPM.  Peruntukan  ini
                                 diturunkan kepada  JPN untuk  diagihkan kepada  pihak PPD seterusnya

                                 sekolah melalui Bahagian Kewangan.

                                 Kadar  peruntukan  bagi  seorang  murid  seharian  untuk  makanan

                                 tambahan  adalah  10  sen  pada  tahun  1976,  15  sen  pada  tahun  1977
                                 dan 20 sen pada tahun 1978, 1979 dan 1980.  Pada tahun 2001 kadar

                                 bagi  seorang  murid  sehari  adalah  RM1.20  di  Semenanjung  Malaysia
                                 dan  RM  1.35  di  Sabah,  Sarawak  dan  Wilayah  Persekutuan  Labuan.
                                 Selaras  dengan  perkembangan  semasa,  pada  tahun  2013,  kadar  ini

                                 telah  dinaikkan  kepada  RM1.80  di  Semenanjung  Malaysia  dan  RM
                                 2.05  di  Sabah,  Sarawak  dan  Wilayah  Persekutuan  Labuan.    Mulai

                                 tahun  2015,  peruntukan  RMT  adalah  sebanyak  RM2.50    di
                                 Semenanjung  Malaysia  dan  RM  3.00  di  Sabah,  Sarawak  dan  Wilayah

                                 Persekutuan  Labuan.














                                                                                                      15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20