Page 357 - Buku Pengurusan
P. 357
348
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.4 Disiplin Murid
2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang
murid itu melakukan kesalahan disiplin.
2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat
kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
2.4.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan
mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid (berdasarkan
tatacara disiplin). Hal ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.
2.5 Kawalan / Tanggungjawab Guru
2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu
usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai
seorang individu.
2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi
mendapatkan kerjasama.
2.5.3 Jangan mulakan proses Pdpc jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau
sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-
murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak
membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-
sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
2.6 Dasar Umum Disiplin
2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah
pada setiap hari.
2.6.2 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu
perhimpunan.
2.6.3 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan
dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum disiplin.
2.6.4 Pemeriksaan Gempar/Spot Check
Pemeriksaan Gempar/sport check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke
atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan
pihak pentadbir.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT

