Page 364 - Buku Pengurusan
P. 364
355
Prosedur Kerja Guru Bertugas Mingguan / Harian
1 Tanggungjawab Utama Mengurus dan mengawal kelancaran sesi persekolahan/perhimpunan dari awal hingga
ke akhir.
Membantu Guru Disiplin sepanjang minggu bertugas.
2 Ketua Guru Bertugas Bertanggungjawab mengagih tugas guru-guru bertugas keselamatan mengikut kumpulan
masing-masing.
Membuat laporan harian bertugas.
Mendapatkan laporan harian daripada ahli bertugas lain untuk direkod dalam buku
laporan.
Membuat laporan segera sekiranya ada kes kecemasan berlaku di sekolah kepada
PKHEM/PK Petang.
Memastikan ada guru bertugas di setiap stesen setiap hari dan mengambil tindakan
mencari pengganti sekiranya guru bertugas tidak hadir bertugas.
3 Semua guru bertugas Berada di dalam zon bertugas 15 minit sebelum
masa bertugas bermula.
Berada di stesen masing-masing pada waktu pagi / tengahari, waktu rehat dan waktu
pulang.
Meronda di blok kelas/blok makmal/kantin dan membuat laporan harian semasa bertu-
gas.
Menegur dan menasihati pelajar yang melakukan kesalahan yang melanggar peraturan
sekolah.
4 Kumpulan bertugas Sesi pagi / petang
- Sesi pagi (tugas Pagar sekolah
mingguan) Balai kerapatan
- Sesi petang (tugas Dewan Terbuka
harian) Place to Read
Tandas
Blok akademik
Kantin
Perhimpunan / roll-call
Blok Makmal
5 Waktu perhimpunan Pastikan pelajar berbaris dengan lurus mengikut tingkatan masing-masing.
Pastikan ketua pengawas kelas berada di hadapan barisan kelas dan penolong pengawas
kelas berada di belakang barisan kelas.
Pastikan tiada yang bersembang semasa ucapan/pengumuman dibuat.
Pastikan kerusi cukup dan teratur untuk guru.
Tentukan bahawa alat siaraya [ PA system] siap untuk digunakan sebelum perhimpunan
bermula ( berhubung dengan guru siaraya)
6 Selepas perhimpunan / Membantu pengawas sekolah mengawasi pergerakan pelajar balik ke kelas.
pulang Pastikan murid-murid keluar barisan dengan tertib dalam satu barisan.
Pastikan ketua pengawas kelas berada di barisan hadapan kelas dan penolong
pengawas kelas berada di belakang batrisan kelas .
Pastikan murid-murid tidak membuat bising semasa balik ke kelas.
Pastikan bahawa setiap peraturan sekolah dipatuhi.
Mengawasi pergerakan pelajar semasa pulang
Yang berjalan keluar dahulu
Yang bermotosikal menuntun motosikal hingga melepasi pintu pagar (jika ada).
Yang berkereta keluar paling akhir (sekiranya ada)
Semua pelajar keluar mengikut laluan yang telah ditetapkan dan keluar ikut pintu utama
7 Pengurusan hal ehwal Sekiranya ada murid-murid yang sakit atau cedera ,pertimbangkan rawatan kecemasan
pelajar (sila rujuk kepada guru kesihatan).
JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI UBAT MAKAN WALAU PANADOL SEKALIPUN
Bawa murid yang sakit berkenaan berehat di bilik isolasi.
Kalau keadaan murid berkenaan terlalu serius,maklumkan kepada guru tingkatan untuk
maklumkan kepada ibubapa/penjaga murid berkenaan untuk bawa murid tesebut balik
(untuk dirujuk ke hospital/klinik).
Maklumkan kepada Penolong Kanan HEM/PK Petang untuk direkod dalam borang murid
keluar kelas.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

