Page 363 - Buku Pengurusan
P. 363
354
4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.7 Kebersihan Kelas
4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas pada waktu pertama, rehat dan waktu terakhir.
4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk
waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.
4.7.3 Guru bertugas harian membuat rondaan di kawasan yang ditetapkan.
4.7.4 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang tahun akan diberi
hadiah berbentuk ’hamper’ pada akhir tahun mengikut setiap tingkatan.
5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1 Latihan Kecemasan / Kebakaran
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran
kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas
dengan segera (berdasarkan pelan laluan kecemasan), tetapi secara teratur
apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah
dibantu keluar oleh guru mereka
5.1.5 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain
serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6 Guru kelas mestilah berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera.
Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan
serta-merta.
5.2 Kenderaan Guru dan Murid
5.2.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang
telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan.
5.2.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu
kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.
5.2.3 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen
memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan
motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja).
5.3 Pondok Kawalan Keselamatan
5.3.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka
mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
5.3.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin
berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat
dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
5.3.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan
yang terpapar di tiang gate sekolah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT

