Page 362 - Buku Pengurusan
P. 362
353
4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.4.4 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas Kesihatan/guru
kelas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat.
4.4.5 Guru bertugas Kesihatan maklumkan kepada GPKHEM/GPKP untuk merekodkan
butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Rekod Keluar Murid.
4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga
kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan
sekolah.
4.5.2 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya
supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
4.5.3 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas
mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan
membantu dalam proses Pdpc.
4.5.4 Guru-guru Tingkatan / guru masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas
mereka dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit pada waktu pertama
persekolahan.
4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas
dibersihkan sebelum murid keluar.
4.5.6 Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir.
4.6 Kantin Sekolah
4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh
kawasan kantin.
4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan
menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPNS.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain
jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya
mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli
makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati
masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng waktu kelima
dibunyikan.
4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman manis di luar waktu rehat
kecuali dengan kebenaran khas.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

