Page 360 - Buku Pengurusan
P. 360

351


         3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID

             3.3.6   Kaunselor  /  Guru  BDK  mestilah  mengatur  masa  untuk  memberi  khidmat
                   kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua
                   dan  ketiga.  Bagi  murid  yang  telah  digantung/dibuang  sekolah  dan  diterima
                   bersekolah  semula,  sesi  kaunseling  perlu  dilakukan  selama  enam  bulan  dan
                   laporannya dihantar kepada PK HEM/GPKP setiap bulan.
             3.3.7   Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor / Guru
                   BDK  tentang  murid  yang  memerlukan  bantuan  kaunseling  ataupun  murid  yang
                   menghadapi masalah disiplin.

         3.4   Kebajikan Murid
             3.4.1   Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat  mengenai bilangan anak yatim
                   atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini
                   dapat diberikan bantuan.  Sila dapatkan maklumat ini  pada minggu  pertama
                   sesi  persekolahan  dan  isi  borang  maklumat  berkenaan.  Serahkan  borang
                   tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM.
             3.4.2   Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam
                   kalangan  muridnya  yang  menghidap  penyakit  mudarat    atau  murid    yang
                   mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
             3.4.3   Derma  kilat  akan  dibuat  oleh  Lembaga  Pemimpin  Pelajar  sekiranya  berlaku
                   kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat  (ibu bapa) atau diri sendiri.





































     BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
   355   356   357   358   359   360   361   362   363   364   365