Page 359 - Buku Pengurusan
P. 359
350
3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-
lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang
Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
3.1.3 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid
dibalut kemas dan ditulis nama.
3.1.4 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut
tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
3.1.5 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
3.2 Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), BRN dan Baitulmal
3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima biasiswa
dimaklumkan oleh Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan.
3.2.2 Guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon
biasiswa
3.2.3 Guru tingkatan pastikan maklumat dalam APDM lengkap dengan gaji terkini ibu
bapa atau penjaga.
3.2.4 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang
bantuan yang lain
3.2.5 Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima
biasiswa.
3.2.6 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa.
3.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
3.3.1 Kaunselor / Guru BNK mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang
minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid
menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya.
3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya
boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
3.3.3 Kaunselor / Guru BDK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan
dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.
3.3.4 Kaunselor / Guru BDK juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,
mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan
kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.
3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di
IPTA atau IPTS.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT

