Page 361 - Buku Pengurusan
P. 361

352


        4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

        4.1  Rekod Kesihatan Murid
             4.1.1  Guru  Tingkatan  mestilah  memastikan  setiap  muridnya  mempunyai  Buku  Rekod
                  Kesihatan.
             4.1.2  Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid  berada di sekolah
                  rendah  lagi.  Ia  akan  dibawa  dan  diteruskan  penggunaannya  sehinggalah  ke
                  sekolah menengah.
             4.1.3  Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
                  apabila pemeriksaan kesihatan dibuat  ataupun semasa suntikan imunisasi ATT
                  (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
             4.1.4  Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah
                  dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

        4.2  Kad Pergigian Murid
             4.2.1  Setiap  murid  sekolah  mempunyai  kad  pergigian  yang  dibekalkan  setiap  tahun,
                  terutamanya kepada murid-murid Tingkatan  Satu.
             4.2.2  Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga
                  murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap
                  anak / anak  jagaannya.
             4.2.3  Kad  ini  hendaklah  diserahkan  kepada  pegawai  kesihatan  yang  berkenaan  dan
                  pemeriksaan  akan  dijalankan  pada  satu  tempoh  yang  ditetapkan  oleh  Jabatan
                  Kesihatan berkenaan.

        4.3  Surat Rawatan Murid
             4.3.1  Guru  Tingkatan  hendaklah  memaklumkan  kepada  murid  bahawa  mereka  boleh
                  mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
             4.3.2  Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.
             4.3.3  Surat  ini  digunakan  oleh  murid  apabila  ingin  mendapatkan  khidmat  rawatan  di
                  mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

        4.4  Murid Sakit
             4.4.1  Guru  Tingkatan  mestilah  prihatin  jika  ada  dalam kalangan  murid  kelasnya  yang
                  sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
             4.4.2  Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas Kesihatan
                  atau  Guru  Tingkatan  boleh  menghubungi  ibu  bapa  /  penjaga  berkenaan  untuk
                  menjemputnya di sekolah.
             4.4.3  Guru Bertugas Kesihatan atau  Guru Tingkatan tidak boleh  membenarkan murid
                  berkenaan  pulang  sendiri  ke  rumah  walaupun  rumahnya  berhampiran  dengan
                  sekolah.  Sekiranya  ibu  bapa/  penjaga  masih  tidak  dapat  mengambil,  murid
                  tersebut perlu berehat di bilik isolasi/balik semula ke  kelas.






                                                           SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
   356   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366