Page 139 - BUKU LATEST
P. 139

TINDAKAN KETUA DAN JABATAN
     Bagi  melaksanakan  urusan  pengumpulan  Cuti  Rehat  Khas  untuk  tuiuan  Pemberian  Wang  Tunai  Gantian  Cuti  Rehat.  Ketua
     Jabatan dikehendaki mengambil tindakan berikut:
     a.    Memastikan Cuci Rehat Khas yang diambil, direkod dan dikemaskini di dalam Buku Rekod Perkhidmatan;
     b.    Mengesahkan baki Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan Pembemn Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap
           akhir tahun; dan
     c.    Memastikan  pengumpulan  Cuti  Rehat  Khas  bagi  tujuan  Pemberian  Wang  Tunai Gantian  Cuti  Rehat  direkodkan ke
           dalam Buku Rekod Perkhidmatan pada setiap akhir tahun.
     Bagi urusan persaraan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Jabatan hendaklah;
     a.    Menguruskan  permohonan  Pemberian  Wang  Tunai  Gantian  Cuti  Rehat  dengan  menggunakan  Borang
           JPA.BP.UMUM.B02.Pin seperti di Lampiran B. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003. Ruangan Cuti Bawa Ke
           Hadapan di dalam borang di Lampiran B ini adalah tidak perlu diisi: dan
     b.    Mengemukakan  borang  tersebut  bersama-sama  borang  dan  dokumen  persaraan  atau  permohonan  faedah  terbitan
           seperti dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003.
     Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen) berhak membetulkan apa- apa kesilapan perihal Cuti Rehat Khas bagi tujuan
     Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepanjang tempoh perkhidmatannya bagi
     tujuan persaraan.

     TARIKH KUATKUASA
     Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2004.

     PEMBATALAN
     Dengan berkuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, kemudahan Cuti Sambilan yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan
     Pendidikan di bawah perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 dan perenggan 10, Lampiran D4, Pekeliling
     Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 adalah dibatalkan.

     PEMAKAIAN
     Tertakluk  kepada  penerimaannya  oleh  pihak  berkuasa  masing-masing,  peruntukan  Pekeliling  Perkhidmatan  ini  pada


     KEMUDAHAN CUTI UNTUK GURU
     a) Cuti Tanpa Rekod
     (Perintah Am Bab C Perkara 41-46 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991)
     1.    Untuk menghadiri latihan / khemah tahunan pasukan sukarela (seperti pada LAMPIRAN  'A' Perintah Am) tidak melebihi
           30(+2) hari setahun.
     2.    Untuk  menghadiri  latihan/khemah  tahunan  persatuan/pertubuhan  dalam  Malaysia  sahaja      sukarela  (seperti  pada
           LAMPIRAN 'B' Perintah Am) tidak melebihi 14(+2) hari (jika lebih, gunakan Cuti rehat atau Cuti Tanpa Gaji).
           i.   Kemudahan yang sama untuk menghadiri kursus anjuran Kementerian Kebudayaan,  Belia dan Sukan dan
                Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Malaysia.
           ii.   Bagi kursus ke luar negeri, pertimbangan JPA.
     3.    Untuk  menghadiri  Mesyuarat  Agung  Tahunan/luar  biasa,  khemah  latihan  tahunan,  seminar  dan  aktiviti  sukan/
           pertubuhan/persatuan di Malaysia.
     4.    Untuk mengambil peperiksaan (pada hari-hari peperiksaan sahaja). Tempoh/hari lain kelayakan Cuti Rehat Tanpa Gaji.
     5.    Untuk mengambil bahagian dalam sukan/olahraga di peringkat Negeri/Antarabangsa tidak melebihi 30 hari. Juga bagi
           ahli Majlis/jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri/Antarabangsa itu menghadiri Mesyuarat AJK.
     6.    Untuk anggota lelaki semasa isteri bersalin tidak melebihi 7 hari (termasuk hari atau tarikh isteri bersalin). (Pekeliling
           perkhidmatan Bil.9 Tahun 2002).
     7.    Apabila diminta hadir oleh/di Mahkamah (termasuk 1 hari untuk pergi dan 1 hari untuk balik)-Pekeliling JPA(S)223/8/3-3.
     8.    Untuk  urusan kematian  ahli  keluarga  terdekat(suami,  isteri,  anak  dan  emak/bapa)  tidak  melebihi  3  hari.(  Pekeliling
           Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002)
     9.    SK.4(ll)bertarikh 26.7.1994.
           i.   Diberi  kepada  ahli-ahli  Kesatuan  Sekerja  semasa  menghadiri  Persidangan  Perwakilan  di  peringkat
                Kebangsaan dan antarabangsa yang diadakan di dalam negeri dan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat
                agung tahunan / luar biasa di peringkat Kebangsaan (tanpa menambah bilangan hari Cuti tanpa Rekod yang
                sudah dibekalkan).
           ii.   Cuti Tanpa Rekod tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai Kesatuan Sekerja untuk mcnjalankan urusan-
                urusan Kesatuan Sekerja. Surat Ruj:JPA(S) 177/4/3/KLt.2/(60),25 Januari 1985.
                                         133
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144