Page 144 - BUKU LATEST
P. 144

PENGURUSAN PERKHIDMATAN GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

     PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

     Apakah syarat-syarat dan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan?
       Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh
        percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
        PPP
          Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
          Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan
          Diperaku oleh Ketua Jabatan.

        AKP
        Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
        Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda;
        Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan oleh Skim Perkhidmatan; dan
        Diperaku oleh Ketua Jabatan.

     Ketua Jabatan hendaklah memperaku PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi
     pengesahan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:
     i.   Borang Permohonan PDP Pegawai (SPP/K/002)  (Lampiran I Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
     ii.   Borang Perakuan PDP  Jadual Ketiga (Lampiran II atau Lampiran III Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
     iii.   Borang Opsyen KWSP  Jadual Kelima (Lampiran IV atau Lampiran V Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
     iv.   Salinan Sijil Kursus Induksi / Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus Induksi/ PTM (jika ada)
     v.   Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP)
     vi.   Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini /
         teratur dan disahkan

     Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya seseorang pegawai masih belum disahkan dalam perkhidmatan setelah
     tamat tempoh percubaan?
        Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah
         mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik
         sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun
         2013).

     Sekiranya pegawai telah memenuhi syarat untuk disahkan Dalam perkhidmatan tetapi tidak diperaku oleh Ketua Jabatan
     apakah yang perlu dilakukan?
        Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan
         kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual
         Ketiga – Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Para 4, P.U(A) 1/2012.
        Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (3),
         pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar ke
         Ketua Jabatan. Para 5, P.U.(A) 1/2012.

     Bolehkah pegawai memohon untuk pengecualian Program Transformasi Minda (PTM)?
        Boleh. Pegawai sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan
        daripada menghadiri PTM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 sekiranya telah memenuhi
        syarat berikut di skim perkhidmatan terdahulu:
           hadir dengan jaya PTM; atau
           hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
           lulus Peperiksaan Am Kerajaan

        Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
           Surat iringan dari Jabatan/Sekolah (berserta justifikasi kelewatan sekiranya melebihi tempoh percubaan tiga (3) tahun
            dari tarikh lantikan);
           Salinan bukti kehadiran Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau slip keputusan Peperiksaan Am Kerajaan yang
            disahkan oleh Ketua Jabatan; dan
                                         138
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149