Page 141 - BUKU LATEST
P. 141

6.    Anggota yang jatuh sakit semasa bercuti Tanpa gaji/ Separuh gaji/ bersalin tidak mendapat Cuti sakit.
     7.    Rawatan  Di  Luar  Stesen  -  Peruntukan  rawatan  Di  Luar  Stesen  dalam  Perintah  Am  42  Bab  ‘B'  adalah  dikekalkan
           mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan tempatan. Pengiring adalah dibenarkan untuk menuntut elaun seolah-
           olah  ia  menjalankan  tugas  rasmi  ketika  mengiringi  pesakit,  tidak  melebihi  daripada  lima  hari  berasaskan  kepada
           kelayakan anggota berkenaan.
     e) Cuti Tibi, Kusta dan Barah
     1.    Cuti Sakit Bergaji penuh tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan
           bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
     2.    Kemudahan (i) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan
           tempoh  rawatan  yang  panjang  untuk  pulih.  Jenis  penyakit  yang  dimaksudkan  hendaklah  diperakukan  oleh  sebuah
           lembaga perubatan.
     3.    Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii) anggota boleh mengambil cuti Rehat yang masih layak dinikmatinya.
     4.    Cuti Separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (i) hingga (iii) dan
     5.    Setelah  menghabiskan  kesemua cuti  di  (i)  hingga  (iv)  tiada  cuti boleh  diberi lagi  melainkan  atas  budi bicara ketua
           Setiausaha. Kementerian Pelajaran (setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan) yang boleh menimbangkan apa-apa
           cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

     f) Cuti bersalin
     Perintah Am Bab C Perkara 25-26 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010.
     Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti
     bersalin ditetapkan seperti berikut:
     1.    Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh
           perkhidmatannya;
     2.    Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap
           kelahiran; dan
     3.    Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan
           Cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
     4.    Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari. Pegawai dikehendaki untuk
           memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti
           berikut:
           a.   Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
              i)   Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji penuh yang dilayaki;
              ii)  Mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
              iii)  Mengambil Cuti Bersalin Tanpa gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan a(i) dan (ii) di atas; atau
              iv)  Menggunakan Cuti menjaga Anak Sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana
                yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti
                Bersalin.

           b.   Semasa Cuti penggal sekolah. guru hendaklah:
              i)   Menghabiskan baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
              ii)  Bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
     5.    Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki
           untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan
           seperti berikut:
           a.   Semasa cuti penggal sekolah. guru boleh:
              i)   Mengambil Cuti Bersalin separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
              ii)  Mengambil Cuti Bersalin Tanpa gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan (a)(i) di atas; atau
              iii)  Menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh seperti mana
                yang  dijelaskan  di  dalam  pekeliling  perkhidmatan  Bilangan  15  Tahun  2007  bagi  memenuhi  tempoh  Cuti
                Bersalin.
           b.   Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji penuh.
     6.    Cuti  Bersalin  Separuh  Gaji  dan  Cuti  Bersalin  Tanpa  Gaji  yang  diambil  oleh  pegawai  yang  bersalin  tidak  akan
           menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974
           dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.
     7.    Bagi  pegawai  lantikan kontrak  (Contract  of  Service),  kelayakan mereka adalah sepertimana  yang  ditetapkan dalam
           4,5,dan  6  di  atas.  Walau  bagaimanapun,  mereka  tidak  layak  mengambil  Cuti  Menjaga  Anak  bagi  menggantikan
           kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa
           gaji  sepertimana  yang  diperuntukkan  dalam  perenggan  54.5  Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  2  Tahun  2008  dan
           peraturan lain yang berkuatkuasa. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa Gaji in juga tidak menyebabkan tempoh kontrak
                                         135
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146