Page 142 - BUKU LATEST
P. 142

g) Cuti Haji
     (Perintah Am Bab C Perkara 34-35 dan Pekeliling Perkhidmatan)
     1.    Sekali di dalam/sepanjang tempoh perkhidmatan;
     2.    Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan. Jika pegawai sementara sudah berkhidmat terus-menerus 6 tahun
           ke atas;
     3.    Selama 40 hari bergaji penuh. Gunakan Cuti rehat, Cuti sambilan, Cuti Tanpa Gaji untuk tempoh yang selebihnya.

     h) Cuti Rehat Tahunan
     (Perintah Am Bab C Perkara 7-12 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991)
     1.    Untuk anggota tetap sahaja.
     2.    PPP guru yang berkhidmat di sekolah tidak layak cuti ini.
     3.    Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak ambil kira.
     4.    Baki dari 2 tahun yang terdahulu boleh dikumpul/dibawa ke tahun ketiga tetapi baki dari tahun pertama itu akan luput
           pada akhir tahun ketiga.
     5.    Baki cuti yang tidak dapat dipergunakan kerana kepentingan perkhidmatan boleh diganti dengan wang Tunai (sebagai
           salah  satu  faedah  persaraan)  dengan  syarat  tidak  melebihi  separuh  (atau  maksimum  15  hari)  daripada  kelayakan
           tahunan setiap kali tetapi tidak melebihi 150 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. (Pekeliling Perkhidmatan-Bilangan
           17 tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan-Bilangan 18 tahun 2008).
     6.    Pekeliling Perkhidmatan-Rujuk Lampiran Kadar Cuti Rehat Tahunan untuk kelayakan anggota.
     7.    Anggota sambilan yang bekerja lebih daripada 27 hari dalam sebulan layak satu hari tetapi tidak boleh lebih daripada 7
           hari setahun-Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 tahun 1994.

     i) Cuti Belajar
     1.    Anggota tetap yang telah disahkan dalam jawatan serta sudahpun berkhimat (genap) 3 tahun. (Bagi guru dikira mulai
           tarikh lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran).
     2.    Mempunyai kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya.
     3.    Umur  tidak  melebihi  48  tahun  pada  tarikh  sesi  pengajian  semula.  (Syarat  ini  akan  ditentukan  oleh  Kementerian
           Pelajaran dari semasa ke semasa).
     4.    Mengikuti bidang pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran serta ditawarkan tempat di pusat Pengajian
           Tinggi yang diiktirafkan oleh kerajaan.
     5.    Bagi pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Tempatan, perlu memperolehi surat kebenaran daripada Pengarah
           Pelajaran terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan memasuki institusi berkenaan.
     6.    Selepas  berjaya  mendapat  tempat,  anggota  perlu  memohon  Pelepasan  Jawatan  daripada  Pengarah  Pelajaran
           disamping mengemukakan permohonan Cuti Belajar ke Kementerian Pelajaran melaui Jabatan Pelajaran Negeri.
     7.    Bagi  program  peringkat  Sarjana,  kebenaran  dan  permohonan  Cuti  Belajar  perlu  dikemukakan  terus  kepada
           Kementerian  Pelajaran  selepas mendapat  tawaran  daripada universiti serta  Pelepasan Jawatan  daripada  Pengarah
           Pelajaran.
     8.    Jenis Cuti Belajar:
           i.   Bergaji Penuh-kursus ditawarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
           ii.   Separuh Gaji-ljazah pertama di Universti tempatan
           iii.   Tanpa Gaji
                Ijazah kedua/ sarjana di institusi tempatan/ luar negeri yang diambil secara persendirian/ pilihan sendiri. Juga
                untuk ijazah pertama di institusi luar negeri.
           iv.   Tanpa Gaji dan Tanpa Biasiswa
                Walau  bagaimanapun,  semua  jenis  Cuti  Belajar  akan ditentukan  serta  diluluskan  oleh  Bahagian  Biasiswa.
                Kementerian Pelajaran Malaysia.


     j) Pelepasan
     Kemudahan/ kelulusan pelepasan diberi untuk kes-kes yang tidak terkandung di dalam peruntukan Perintah Am dan Pekeliling
     Perkhidmatan seperti membenarkan tempoh yang munasabah untuk pegawai membuang undi dalam pilihan raya, apabila diminta
     hadir di mahkamah, dan untuk urusan tertentu atas kepentingan negara.

     k) Perakuan Tidak Hadir Di Pejabat



                                         136
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147