Page 170 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 170

Persepsi Seni                                           Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran
               Definisi Motif, Idea dan Konsep                            Selepas mempelajari subtajuk ini,
                                                                          murid dapat menjelaskan melalui
               Motif secara umumnya bermaksud sebab atau tujuan yang      perbincangan tentang:
               mendorong pereka menghasilkan sesuatu karya. Namun, motif   •  Definisi motif, idea dan konsep
               dalam tajuk ini menjurus kepada hal benda yang diaplikasikan   •  Tujuan aplikasi motif, idea
               oleh pelukis, pereka atau pandai kraf dalam penghasilan seni.   dan konsep dalam proses
                                                                            pembentukan karya
               Idea ialah buah fikiran yang tercetus hasil rangsangan seperti   •  Kaedah pembentukan dan
               pemerhatian dengan kesedaran atau perbincangan. Konsep       proses perkembangan motif,
               pula ialah idea yang terbentuk hasil daripada gabungan       idea dan konsep
               pelbagai nilai yang dihayati daripada alam sekeliling dalam
               penghasilan seni. Oleh itu, peranan motif, idea dan konsep
               meliputi dasar panduan, tujuan ataupun matlamat yang dijadikan
               asas dalam penghasilan karya.


               Tujuan Aplikasi Motif, Idea dan Konsep                           Motif atau tujuan seni
                                                                                secara umum adalah:
               Motif dalam seni halus dan seni reka dipanggil sebagai hal benda.   • untuk menzahirkan
               Hal benda yang dipilih oleh pelukis atau pereka bertujuan untuk    perasaan
               disesuaikan dengan idea dan konsep karya mereka.                 • berkongsi identiti
                                                                                  pelukis
                                                                                • menzahirkan
                                      Arca Moyang Tenong Jerat Harimau ini        kepercayaan
                                      mengambil idea dan konsep harimau         • penciptaan sesuatu
                                      sebagai pahlawan rimba bagi masyarakat      yang baharu
                                      kaum asli Mah Meri.                       • menyampaikan
                                                                                  maklumat

                                      Peon anak Bumbong,
                                      Moyang Tenong Jerat Harimau, 1996,  Kayu
                                      Koleksi LPSVN



                              Rajah 16.1 Motif dalam seni halus

                    Motif dalam seni kraf merujuk kepada unsur alam
               yang dibentuk sama ada dengan gaya organik atau
               gaya geometri. Motif menjadi unsur paling asas dalam
               sesuatu gubahan atau tatarias. Aplikasi motif dalam
               seni kraf sebagai fungsi hiasan yang melengkapi fungsi
               gunaan sesuatu produk.
                    Tujuan penjanaan idea oleh pengkarya adalah
               untuk memudahkan mereka menetapkan objektif, tujuan
               dan menentukan sesuatu tema dalam penghasilan karya.
               Aplikasi konsep pada karya pula boleh memberi gambaran
               pemikiran atau luahan perasaan pengkarya terhadap sesuatu    Gambar foto 16.1 Contoh motif pada
               idea yang ingin diketengahkan.                                             kain songket
                                                         164
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175