Page 171 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 171
Kaedah Pembentukan dan Proses Perkembangan Motif, Idea
dan Konsep
Pembentukan motif, idea dan konsep dalam seni halus, seni reka • Persepsi optikal
dan seni kraf boleh menggunakan empat kaedah. Kaedah tersebut ialah pemerhatian
ialah pemerhatian, penerokaan, persepsi dan pertimbangan estetik terhadap sifat fizikal
sesuatu objek. Persepsi
serta analisis. konseptual pula ialah
Persepsi pemerhatian yang
bersifat imaginasi
Pertimbangan estetik
Pemerhatian Kaedah terhadap sesuatu
dan analisis
objek.
Penerokaan
Rajah 16.2 Kaedah pembentukan motif, idea dan konsep
Kaedah gubahan motif seni kraf diilhamkan menerusi pemerhatian terhadap alam sekeliling
yang menjadi sumber inspirasi. Rajah 16.3 menunjukkan antara contoh motif daripada pelbagai
sumber inspirasi.
Sumber inspirasi motif
Flora Fauna Geometri Kosmos
Rajah 16.3 Contoh-contoh motif
Proses perkembangan motif, idea dan konsep boleh menggunakan sumber-sumber
seperti guru, Internet, pemerhatian dan buku rujukan. Rajah 16.4 menggambarkan proses
perkembangan tersebut.
Guru Internet
Membaca isu
semasa di akhbar
atau majalah
Memerhati
alam semula
jadi Idea Membuat
berkarya lawatan
atau kajian
lapangan
Melawat
galeri seni
atau muzium Mengkaji
karya seni
Pemerhatian Buku rujukan
Rajah 16.4 Penjanaan motif, idea dan konsep
dengan peta pemikiran i-THINK
165

