Page 172 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 172

Kaedah pembentukan sesuatu konsep dipengaruhi oleh faktor-faktor kontekstual seperti
                pengalaman, pendidikan, perkembangan semasa dunia seni dan persekitaran. Konsep ini akan
                berubah-ubah bergantung pada keperluan dan pendekatan dalam penghasilan sesebuah karya.


                                       Ahmad Shukri Mohamed,
                                       Insect Diskette II, 1997,                Contoh konsep dalam
                                       Media campuran
                                                                                seni visual seperti
                                                                                konsep hibrid, iaitu
                                                                                pendekatan teknik
                                        Arca karya Ahmad Shukri Mohamed         yang menggabungkan
                                        ini menggunakan konsep kontemporari.    sama ada alat atau
                                        Beliau tidak terikat dengan cara atau   pelbagai bahan dalam
                                        kaedah konvensional seperti luakan atau   proses pembentukan
                                        tuangan. Sebaliknya, motif dan idea beliau   sebuah karya seni
                                        dipersembahkan menerusi media campuran   visual. (Fishpool, 2009 &
                                        dan objek harian hingga menghasilkan satu   Coldwell, 2010)
                                        karya instalasi yang menarik.


                    Rajah 16.5 Contoh konsep kontemporari dalam karya seni visual


                  Aktiviti

                 Tujuan:
                   1.  Mengidentifikasikan motif, idea dan konsep dalam proses pembentukan karya.
                   2.  Menginterpretasikan motif, idea dan konsep dalam proses pembentukan karya.
                 Langkah:
                   1.  Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan A - Motif, Kumpulan B - Idea
                     dan Kumpulan C - Konsep.
                   2.  Bincangkan kategori masing-masing bersama-sama ahli kumpulan.
                   3.  Perbincangan anda mesti mengandungi definisi, tujuan, kaedah dan contoh.
                   4.  Anda boleh menggunakan kaedah Nota Berperekat atau Artist Book dalam
                     perbincangan tersebut.
                   5.  Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di hadapan kelas.
                 Hasil perbincangan:

                     Nota Berperekat                           Artist Book










                      Rajah 16.6 Contoh perbincangan menggunakan strategi Nota Berperekat dan Artist Book



                                                         166
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177