Page 177 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 177

Apresiasi Seni                                          Standard     Pembelajaran
                                                                                       Pembelajaran
                 Anda telah memahami motif, idea dan konsep dalam          Setelah mempelajari subtajuk ini,
                 pembentukan karya seni halus, seni reka dan seni kraf.    murid dapat:
                                                                           •  Mempamerkan hasil karya
                 Dalam sesi Apresiasi Seni ini, anda dikehendaki memperaga   •  Menghayati hasil karya
                 dan membincangkan hasil dapatan masing-masing semasa        sendiri dan rakan dengan
                 Tumpu Galeri.                                               menumpukan pada aspek teori
                      Setiap kumpulan perlu melekatkan atau menyusun         dan pemahaman tentang motif,
                 bahan-bahan mereka di sudut yang berasingan. Pastikan       idea dan konsep
                 susunan bahan-bahan tersebut kemas, jelas dan mudah       •  Menjelaskan pengalaman sendiri
                 difahami oleh murid-murid lain. Anda boleh menyusun         dalam penghasilan karya
                 bahan-bahan tersebut di atas meja atau dilekatkan pada
                 papan di belakang kelas.



                         T
                         Tumpu Galeri
                           umpu Galeri

                  Tujuan:  Membuat apresiasi hasil karya berpandukan unsur seni dan prinsip rekaan.

                  Langkah:
                    1.  Peragakan hasil perbincangan setiap kumpulan.
                    2.  Murid dan guru akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Terangkan dengan jelas,
                       padat dan ringkas hasil perbincangan kumpulan anda selama dua hingga tiga minit.
                    3.  Ulangi kaedah tersebut sehingga kesemua bahan pameran telah dilihat dan dijelaskan.
                    4.  Laporan hasil pembentangan anda mesti berkaitan motif, idea dan konsep dengan betul.


























                                 Gambar foto 16.2 Contoh hasil bahan perbincangan dilekatkan
                                                pada dinding



                                                          171
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182