Page 276 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 276

Nurin:   Dr., apakah  keistimewaan kerjaya di udara ini?
                   Dr. Wan:  Sebenarnya, Nurin, menjadi juruterbang, pramugara, dan pramugari ini umpama
                            belayar sambil memapan, merapat sambil belayar.  Semasa menjalankan tugas,
                            mereka juga dapat  menimba pengalaman baharu dan melancong ke serata dunia.
                            Itulah keistimewaan  kerjaya di udara ini.
                   Nurin :  Wah, sungguh menarik! Apakah pula contoh kerjaya penerbangan yang tugasnya
                            di darat?
                   Dr. Wan:  Untuk pengetahuan Nurin, kerjaya di darat lebih banyak  pilihan.
                   Nurin:   Bolehkah Dr. berikan contohnya?
                   Dr. Wan:  Sebagai  contoh,  jika  Nurin  mempunyai  kelayakan  dalam  bidang  kejuruteraan,
                            Nurin  boleh  memohon  kerja  sebagai  Jurutera  Penyelenggara  Pesawat.  Namun,
                            Nurin perlulah mengikuti beberapa kursus yang ditetapkan oleh syarikat
                            penerbangan.
                   Nurin:   Oh, begitu!
                   Dr. Wan: Nurin pernah nampak menara di kawasan lapangan terbang? Nurin tahu fungsi
                            menara tersebut?
                   Nurin:   Ya,  Dr.  Saya  pernah  nampak  menara  tersebut,  tetapi  tidak  tahu  pula  tentang
                            fungsinya.
                   Dr. Wan:  Sebenarnya,  Nurin,  di  menara  tersebut  ada  Pegawai  Kawalan  Trafik  Udara.
                            Pegawai  ini akan berkomunikasi dengan juruterbang bagi memastikan
                            keselamatan ruang udara dan lalu lintas pesawat seperti polis trafik di jalan raya.
                   Nurin:  Dr., apa lagi contoh kerjaya dalam bidang penerbangan?
                   Dr. Wan: Selain daripada kerjaya yang saya terangkan tadi, ada banyak lagi contoh kerjaya
                            dalam bidang penerbangan. Nurin boleh mendapatkan info tentang kerjaya yang
                            lain dalam risalah ini. (Dr. Wan menghulurkan sekeping risalah kepada Nurin)
                   Nurin:   Sekarang barulah saya tahu tentang kerjaya dalam penerbangan. Terima kasih Dr.
                   Dr. Wan:  Sama-sama.


                   TEMA  3
                   3.2.1   Menulis
                   Daripada Kartun kepada Animasi – muka surat 32
                   Teks memperkenalkan tajuk video             Muzik latar yang sesuai
                             DARI TITIK KE TITIK
                                                               Teks audio:
                   DARIPADA KARTUN KEPADA ANIMASI              Wayang kulit merupakan antara animasi
                                                               awal di Malaysia. Persembahan wayang kulit

                   1. Filem 1 potong pada minit - 0.26-0.35    dilakukan  oleh  tok  dalang.  Karakter  yang
                                                               membantu penceritaan dilukis di atas kulit
                   2. Filem 2 potong pada minit – 14.48 -15.15  lembu dan dipotong menggunakan teknik
                                                               animasi guntingan.
                                                               Dunia animasi di  Malaysia berkembang
                                                               dengan kelahiran filem animasi pendek
                                                               Malaysia yang pertama, Hikayat Sang Kancil.
                                                               Pasukan juruanimasi mengambil masa yang
                                                               lama untuk menyiapkan karakter dengan
                                                               melukis  di atas kertas secara lukisan tangan.

                254
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281