Page 111 - bm tahun 6 1
P. 111

Tatabahasa

                                             Bidar Lukut
                                             Bidar Lukut
           Irfan menerima e-mel daripada rakannya, Robin, yang berasal dari Sarawak.
           Berdasarkan e-mel tersebut, dia hendak menulis  catatan ringkas tentang
           perlumbaan bidar lukut.

                                                                                 robin


           Daripada  :  robin.ensup@gmail.com

           Kepada  :  irfan.nabil24@gmail.com

           Perkara  :  Perlumbaan Bidar Lukut

           Salam sejahtera  Irfan,  dalam  e-mel  ini,  saya  ingin  berkongsi  tentang  sejenis
           permainan tradisional kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Permainan ini diberikan
           nama bidar lukut.
              Bidar lukut ialah sejenis perahu kecil yang bentuknya tirus dan panjang. Di dalam
           perahu itu, daun-daun kering dipacakkan sebagai layar. Perahu akan bergerak
           apabila ditiup angin.
              Pada setiap tahun, penduduk setempat akan mengadakan perlumbaan bidar
           lukut. Dalam undang-undang permainan ini, perahu perlu bergerak mengikut lorong
           masing-masing. Lorong ditanda menggunakan botol-botol yang telah disambung.
              Perahu-perahu ini dicat dengan warna yang cantik-cantik. Ada juga pemilik perahu
           yang membawa kekuda kayu untuk mempamerkan perahu mereka. Keunikan
           perahu ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak bahkan orang dewasa juga.
              Acara ini semakin meriah apabila penduduk membuka gerai. Gerai-gerai
           ini menjual makanan tradisional tempatan seperti umai.
           Penonton-penonton dapat menghilangkan rasa lapar
           dan dahaga selepas penat bersorak untuk
           menyokong perahu kegemaran mereka.
              Setakat ini sahaja perkongsian saya,
           Irfan. Saya berharap agar kita akan
           bersua lagi pada masa akan datang.



                                                                                Munsyi Cilik
               Aktiviti                                                     Kata ganda penuh boleh
                                                                            membawa makna:
           Kenal pasti kata ganda penuh. Kemudian, tulis catatan            (i)  tunggal seperti rama-rama
                                                                            (ii) jamak seperti daun-daun
           ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh.
                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid mengenal pasti kata ganda penuh dalam bahan.
                   5.2.3  •  Bimbing murid menulis catatan ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh.
          102              Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme   KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                           EMK: Kreativiti dan inovasi
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116