Page 113 - bm tahun 6 1
P. 113

Membaca


                                      Persembahan Randai
                                      Persembahan Randai

           Selepas menonton persembahan randai di Istana Budaya, Irfan membaca
           rencana tentang seni persembahan randai.

                             K
                                                                       andai
                                enali Seni Persembahan R
                             Kenali Seni Persembahan Randai
                                              Oleh: Faheem Aaly Putra
                                              Oleh: Faheem Aaly Putra

















                      Seni Persembahan Randai
           Persembahan randai ialah satu aspek kebudayaan masyarakat Minangkabau
           di Beranang, Jelebu, Kuala Pilah, dan Mantin, Negeri Sembilan. Randai berasal
           daripada perkataan “merandai”  yang bermaksud  mengarang atau  melingkar
           suatu kawasan lapang. Pada masa dahulu, seni ini sering dipersembahkan dalam
           upacara adat seperti perasmian pelantikan penghulu, majlis perkahwinan, dan
           majlis kesyukuran selepas musim penuaian. Persembahan randai dimainkan oleh
           lelaki dan wanita.

           Seni dan warisan ini menggambarkan kehalusan budaya yang penuh falsafah.

                 Keistimewaan Persembahan Randai
           Persembahan randai istimewa kerana menggabungkan beberapa elemen seni.
           Elemen utama yang ditonjolkan dalam persembahan randai ialah seni tari,
           pencak silat, lakon, dan nyanyian dengan iringan alat muzik. Para pemain akan
           melakukan pergerakan dalam lingkaran sambil menepuk seluar galembong dan
           bertepuk tangan. Antara setiap babak, persembahan akan diselang-selikan dengan
           lakonan  dan  nyanyian  berirama  seperti  gurindam,  berdendang, dan  berlagu.
           Cerita dalam persembahan randai dipersembahkan dalam dialek Negeri Sembilan
           dan Minangkabau. Penceritaannya pula berkenaan dengan cerita rakyat Negeri
           Sembilan atau kisah legenda Minangkabau.

           Keistimewaan yang ditonjolkan ini menunjukkan nilai estetika yang tinggi dalam
           persembahan.
          104
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118