Page 114 - bm tahun 6 1
P. 114
gendang
bonang
Muzik Persembahan Randai jidur
Persembahan randai diiringi alunan muzik tradisional
seperti ensembel caklempong, iaitu bonang, gendang, jidur,
salung, dan bangsi. Selain alunan muzik, persembahan salung
randai banyak diselitkan dengan kesan bunyi tepukan
tangan, paha, atau pakaian. Jeritan seperti “hip” atau “tih”
oleh pemain randai merancakkan persembahan ini lagi.
bangsi
Pada pendapat kamu, bagaimanakah golongan muda
dapat menghayati keunikan alunan muzik tradisional?
Busana Persembahan Penari Randai
Terdapat lima busana utama yang dipakai oleh
penari-penari dalam persembahan randai.
Antaranya termasuklah seluar galembong yang
longgar dan hampir kelihatan seperti kain, baju
guntiang manih berlengan panjang, dan ikek
pinggang (bengkung). Samping dan destar pula
melengkapi keindahan pakaian penari randai.
Bagaimanakah dapat kita menjadikan busana
ini dikenali oleh generasi muda?
(Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Effindi bin Samsuddin, Pensyarah Universiti Malaya)
Tafsiran 1
Tafsiran 2
Persembahan randai ialah
satu aspek kebudayaan
masyarakat Minangkabau yang Tafsiran 3
menggambarkan kehalusan info qr code standard ar code
kandungan
4
budaya yang penuh ilmu. Tafsiran pembelajaran
Aktiviti
Baca dan jelaskan penyataan dan persoalan dalam setiap perenggan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membaca dan memahami bahan.
2.1.1 • Bimbing murid mentafsir bahan. Unit
Strategi PdP: KP – Kinestetik KBAT: Menganalisis – Mentafsir 105
EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya
nota guru laman halaman rangsangan

