Page 112 - bm tahun 6 1
P. 112
UNIT Persada Seni
14 Lambang Jati Diri
UNIT 1 Audio pendengaran
Mendengar dan Bertutur
Istimewanya Pak Cu
Istimewanya Pak Cu
Irfan menonton persembahan wayang kulit Pak Cu. Antara persembahan
Pak Cu yang terkenal ialah kisah “Anak Kera Belira Sakti”. Irfan kagum
menonton persembahan itu. Kemudian, dia membuat rakaman
temu ramah bersama dengan Pak Cu.
Saya amat kagum apabila menonton
persembahan Pak Cu. Bolehkah Pak Cu
memperkenalkan diri dan menceritakan
pelibatan Pak Cu dalam persembahan
wayang kulit?
Boleh. Nama sebenar Pak Cu ialah Eyo Hock Seng. Pak Cu
berketurunan Cina. Masyarakat sekitar memanggil Pak Cu
dengan gelaran Pak Cu Tok Dalang. Pak Cu mula bermain
wayang kulit sejak berusia 10 tahun. Pak Cu berguru dengan
pemain wayang kulit tersohor, Abdullah Baju Merah. Sudah
lebih 40 tahun Pak Cu bergiat aktif dalam persembahan. Untuk
masa akan datang, Pak Cu sedang melatih seorang cucu
Pak Cu untuk mewarisi seni ini. Walaupun masih muda, dia
Aktiviti sudah mampu menghafal beberapa buah cerita wayang kulit.
Dengar dan cam sebutan tentang pelibatan tokoh dalam persembahan wayang
kulit daripada dialog dan audio. Kemudian, sebut ujaran itu semula.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan yang terdapat dalam pelbagai situasi.
1.1.1 • Bimbing murid menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menyampaikan 103
EMK: Nilai Murni – Keberanian PAK-21: Main Peranan

