Page 91 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 91

5. Teknologi

                    Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun awal telah menghasilkan
                    penciptaan barangan dan monumen serta hasil pertukangan. Hasil ciptaan ini telah
                    memberikan keselesaan kepada masyarakat. Tamadun Mesopotamia terkenal dengan Taman
                    Tergantung Babylon. Tamadun Mesir Purba pula terkenal dengan pembinaan piramid dan
                    sfinks, manakala Tamadun Indus terkenal dengan pembinaan negara-kota Mohenjo-Daro.
                    Penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi pula menghasilkan
                    peralatan seperti bajak untuk pertanian.  Selain itu, penciptaan roda telah membantu
                    penggunaan kereta kuda dan kereta lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan
                    perhubungan penduduk.



                  6. Organisasi Sosial

                   Dalam masyarakat Mesir Purba, kemunculan
                   institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan
                   kelas sosial. Kelas sosial berasaskan jenis                            Firaun
                   pekerjaan, kekayaan dan pengaruh. Pada
                   peringkat tamadun awal, pemerintah,                                      Wazir, pegawai
                   firaun, golongan agama dan golongan                                     kanan, golongan
                   bangsawan berada pada kedudukan                                            agama dan
                   tertinggi dalam susunan masyarakat.                                        bangsawan
                       Golongan saudagar dan artisan                    Golongan
                                                                        penyalin/
                   berada dalam kelas kedua.                             penulis
                   Di  bawah  mereka  ialah
                   golongan petani dan pekerja                      Artisan
                   yang tidak berkemahiran.                      berkemahiran
                   Golongan hamba berada                         dan karyawan
                   pada kedudukan paling
                   re nda h. Ha m ba
                   terdiri daripada dua                              Petani dan
                                                                       buruh
                   kumpulan, iaitu
                   hamba perang
                   dan ham ba                                       Pembantu
                   yang dijual.                                     rumah dan
                                                                      hamba
                               Susunan struktur sosial pada zaman  Mesir Purba.
                               (Sumber: Troy D. Allen. The Ancient Eygptian Family: Kinship and Social Structure, London: Routledge, 2003, hlm. 74)

                         Aktiviti

                     Lakonkan situasi kegiatan ekonomi masyarakat pada zaman Mesir Purba seperti gambar
                     di atas.


                                                                                                        83
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96