Page 90 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 90

3. Pembentukan Bandar

                  Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia mula membina petempatan
                  kekal. Kewujudan petempatan kekal di sesebuah kawasan bermula dengan kampung. Apabila
                  berlaku pertambahan penduduk, kawasan kampung berkembang dan disatukan membentuk
                  bandar. Bandar mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai dan mempunyai pelbagai
                  latar belakang. Antara ciri bandar termasuklah:
                          Pelan susun atur bangunan dan
                         petempatan yang tersusun. Rumah
                         kediaman mempunyai kemudahan
                         perigi, bilik mandi dan tandas.
                          Kemudahan prasarana yang teratur dan
                         sistematik seperti pasar, rumah ibadat
                         dan kawasan kediaman.
                          Pembinaan sistem perparitan dan
                         pembetungan.
                          Pembinaan kota untuk berlindung         Gambaran sebuah bandar pada zaman
                         daripada serangan orang luar dan         Tamadun Indus.
                         menjadi kawasan sempadan.
                     Pada peringkat awal, bandar menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan bagi
                  kawasan sekitarnya. Kemudian, bandar berkembang menjadi institusi sosial dan ekonomi
                  yang tersusun, yang menjadi asas kepada kelahiran tamadun awal dunia.
                     Bandar pertama dibina pada tahun 4,000 SM. Kota-kota utama pada peringkat tamadun
                  awal ialah Ur dan Uruk berhampiran Sungai Tigris dan Euphrates, Memphis di Sungai Nil,
                  Mohenjo-Daro di Sungai Indus dan Anyang di Sungai Huang He.




                  4. Pengkhususan Pekerjaan


                  Perkembangan pesat bandar telah meningkatkan jumlah penduduk. Hal ini secara tidak
                  langsung telah mewujudkan pengkhususan dalam bidang pekerjaan. Terdapat lebih banyak
                  peluang pekerjaan baharu, seperti pengutip cukai, jurutera yang mengawal sistem pengairan
                  sungai, tentera, petani yang bekerja di sawah, dan mereka yang bekerja dalam bidang
                  pentadbiran.
                     Kumpulan artisan pula menumpukan masa mereka dalam kerja mengukir, menempa besi
                  dan tembikar.  Selain itu, saudagar dan pedagang bertukar-tukar barangan yang dihasilkan
                  oleh golongan artisan.



                       Cerna Minda

                      Apakah peranan bandar                         Huraikan keperluan pengkhususan
                     dalam tamadun awal dunia?                       pekerjaan dalam tamadun awal.


                 82
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95