Page 191 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 191

e
                                                                           ge
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        P Ba n b 6: J ad a u a l B p e ad a P a e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                        Bab 6: Jadual Berkala
                                                                             na
                                                                                        a
                                                                                        l
                                                                                      rk
                                                                               l
                                                                                 n ke
                                            6.6
                         Tujuan: Mengasingkan campuran melalui kaedah pemisahan menggunakan magnet
                         Bahan dan radas: Campuran serbuk besi dan serbuk sulfur, spatula, piring Petri,
                         magnet bar, kertas
                         Arahan
                         1.  Letakkan satu spatula campuran serbuk besi dan serbuk sulfur ke dalam piring Petri.
                         2.  Letakkan magnet bar dekat dengan campuran tersebut (Rajah 6.23).
                         3.  Catatkan pemerhatian anda.


                                                                      Magnet bar
                                                                      Kertas
                                                                Piring Petri

                                                 Campuran serbuk besi
                                                 dan serbuk sulfur
                                                         Rajah 6.23
                         Soalan
                         1.  Serbuk yang manakah tertarik pada magnet?
                         2.  Adakah serbuk yang anda jawab dalam soalan 1 dikategorikan sebagai logam atau
                            bukan logam?



                    (d)  Kaedah Pengenapan
                    Apakah yang dapat anda perhatikan jika pasir dimasukkan ke dalam satu bikar berisi air?
                    Cuba anda lihat Gambar foto 6.10. Dua lapisan terbentuk, iaitu lapisan air di bahagian
                    atas dan lapisan pasir yang terenap di bahagian bawah bikar. Hal ini berlaku kerana pasir
                    tidak larut di dalam air dan pasir mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air.
                    Oleh itu, kaedah pengenapan boleh digunakan untuk mengasingkan campuran cecair
                    dan bahan pepejal yang tidak larut dalam cecair itu dan terenap di dasar. Mari kita cuba
                    jalankan kaedah pengenapan seperti dalam Aktiviti 6.7.







                                                                                                      Air

                                            +                            =


                                                                                                      Pasir

                             Air                         Pasir                  Campuran air dan pasir


                                         Gambar foto 6.10 Pasir terenap di dasar bikar berisi air
                                                                                                      181
                                                                                                Bab 6  181
                                                                                                Bab 6
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196