Page 195 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 195

l B
                                                                                    p
                                                                                 n ke
                                                                                  a
                                                                                      rk
                                                                                       a P
                                                                                     e
                                                                                     ad
                                                                           ge
                                                                             na
                                                                          n
                                                                          b 6: J
                                                                                a
                                                                                u
                                                                              ad
                                                                               l
                                                                                                 n S
                                                                                                    a
                                                                                               a
                                                                                                ta
                                                                                                       ifi
                                                                                                         k
                                                                                                     in
                                                                                                       t
                                                                                         a
                                                                                          e
                                                                                        a
                                                                                        l
                                                                                             i
                                                                                             as
                                                                                           n
                                                                                            y
                                                                         e
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        Bab 6: Jadual Berkala
                                                                        P Ba
                       6.3        Sebatian
                      •  Berkomunikasi mengenai sebatian dalam kehidupan seharian.
                      •  Menunjukkan cara pembentukan sebatian daripada logam dan bukan logam.
                      •  Merumuskan bahawa jisim diabadikan semasa perubahan kimia.
                      •  Mengasingkan sebatian melalui kaedah kimia.
                      •  Membezakan perubahan kimia dengan perubahan fizik.
                      •  Membezakan campuran dengan sebatian.
                       ebatian terdiri daripada dua atau lebih unsur yang
                      Sbercampur secara kimia. Bahan baharu yang terbentuk ini
                    mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza daripada            Karat merupakan contoh
                    unsur-unsur yang membentuknya.Terdapat banyak                   sebatian yang terbentuk
                    contoh sebatian yang kita gunakan dalam kehidupan               daripada tindak balas kimia
                                                                                    antara besi dengan oksigen
                    harian seperti garam, gula, kapur tulis, marmar,                secara kimia.
                    politena (sejenis plastik) dan air tulen.
                         Permainan blok
                         diperbuat daripada                                         Gambar foto 6.13 Mangga
                         politena, iaitu gabungan                                   besi yang berkarat
                         karbon dan hidrogen
                                                                                     Jubin diperbuat
                                  Air tulen terdiri                                  daripada marmar, iaitu
                                  daripada gabungan                                  gabungan kalsium,
                                  hidrogen dan oksigen                               karbon dan oksigen


                                    Gambar foto 6.14 Contoh-contoh sebatian dalam kehidupan harian


                                            6.10

                          Tujuan: Menunjukkan contoh sebatian dalam aplikasi kehidupan harian

                          Arahan
                          1.  Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
                          2.  Buat satu persembahan multimedia yang menarik mengenai contoh-contoh sebatian
                            yang wujud di sekeliling anda.
                          3.  Persembahkan kepada rakan-rakan sekelas dan guru.


                                                                                                      185
                                                                                                Bab 6  185
                                                                                                Bab 6
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200