Page 192 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 192

6.7


                        Tujuan: Mengasingkan campuran dengan menggunakan kaedah pengenapan
                        Bahan dan radas: Larutan berkelodak, dua bikar 100 ml, rod kaca
                        Arahan


                               Rod kaca                                                 Pasir
                                                                                        Rod kaca

                               Air suling
                                   Pasir                                                Air jernih
                                           Rajah 6.24 (a)             Rajah 6.24 (b)

                        1.  Campurkan 50 ml air berkelodak di dalam bikar 100 ml.
                        2.  Kacaukan campuran air berkelodak tersebut dengan menggunakan rod kaca.
                           (Rajah 6.24 (a)).
                        3.  Perhatikan air dan kelodak selepas seketika.
                        4.  Tuangkan air jernih di dalam bikar secara perlahan-lahan ke dalam bikar yang lain
                           (Rajah 6.24 (b)).
                        5.  Perhatikan baki yang tertinggal di dasar bikar.
                        Soalan
                        1.  Apakah bahan yang terenap di dasar bikar?
                        2.  Adakah kelodak dan air dapat dipisahkan secara fizikal?


                   (e)  Kaedah Pengapungan

                   Kaedah pengapungan  boleh digunakan  untuk  mengasingkan bahan  yang  tidak larut
                   dan terapung di atas permukaan air. Sebagai contoh, minyak mempunyai ketumpatan
                   yang lebih rendah daripada air. Oleh itu, minyak terapung di atas permukaan air. Corong
                   pemisah dapat digunakan untuk mengasingkan minyak dan air. Anda boleh jalankan
                   Aktiviti 6.8 untuk memahami kaedah ini lebih lanjut.



















                                        Gambar foto 6.11 Minyak terapung di atas lapisan air
                    182  Bab 6
                    182
                         Bab 6
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197