Page 196 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 196
Bagaimanakah unsur logam dan unsur bukan logam bergabung secara kimia dan
membentuk suatu sebatian? Magnesium, aluminium, zink, besi dan kuprum bertindak
balas dengan oksigen dan membentuk logam oksida.
magnesium + oksigen magnesium oksida
aluminium + oksigen aluminium oksida
zink + oksigen zink oksida
besi + oksigen besi oksida
kuprum + oksigen kuprum oksida
Terdapat unsur logam yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan sebatian
yang bersifat alkali dan membebaskan gas hidrogen. Unsur-unsur tersebut disebut sebagai
logam alkali. Antara contoh logam alkali ialah litium, natrium dan kalium.
litium + air litium hidroksida + gas hidrogen
natrium + air natrium hidroksida + gas hidrogen
kalium + air kalium hidroksida + gas hidrogen
Serbuk besi dan serbuk sulfur pula akan membentuk besi sulfida apabila dipanaskan.
besi + sulfur besi sulfida
6.11
Tujuan: Menjalankan aktiviti pemanasan logam dan bukan logam untuk
menghasilkan sebatian
Bahan dan radas: Serbuk sulfur, serbuk besi, penunu Bunsen, mangkuk pijar, tungku
kaki tiga dan alas segi tiga tanah liat, penimbang
Arahan
Penutup Serbuk sulfur + serbuk besi
Mangkuk Alas segi tiga
pijar tanah liat
Panaskan
Rajah 6.28
186
186 Bab 6
Bab 6

