Page 149 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 149

Membaca


                                            Badan Cergas Minda Cerdas
                                                                                               IMBAS SAYA


                                 AKTIVITI
                        1.   Lafazkan pantun dengan sebutan
                           dan intonasi yang betul.
                        2. Jelaskan maksud bagi setiap
                           rangkap pantun.                                                                      T
                                                                                                                E
                                                                                                                M
                   Pak Ajin membeli ikan,                                                                       A
                      Terlihat unggas di pohon kerdas;
                   Gigih dan rajin dalam bersukan,                                                             12
                      Jasmani cergas minda cerdas.

                   Burung belatuk di pohon turi,
                      Mematuk selesa di balik suria;
                   Sukan membentuk motivasi diri,
                      Disiplin sentiasa cergas ceria.


                   Nampak indah kemboja di jalan,
                      Banyak dilihat menghias pusara;
                   Bersukan beriadah suatu amalan,
                      Mental sihat negara sejahtera.

                   Tersusun indah bunga dahlia,
                      Bunga dilihat di Kuala Kemuju;
                   Sukan riadah amalan mulia,
                      Rakyat sihat negara maju.


                   Bunga matahari hias sepekan,
                      Mata melihat dengan selesa;
                   Elak diri malas bersukan,
                      Agar hidup sihat sentiasa.
                                           (B.Liana, 2016)

                                                       PERKASA ILMU

                   Pantun digunakan sebagai wahana yang mengandungi maksud yang tersirat. Pantun digunakan untuk
                   memberikan nasihat, kiasan, penghargaan, sindiran, dan jenaka kepada masyarakat. Pantun turut
                   dilagukan sebagai hiburan.


                         2.1.2                                                                      135
                                                                                                    135
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154