Page 150 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 150

Menulis


                                                   Manfaat Berekreasi


                                                  Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis,
                               AKTIVITI           panel hakim, guru-guru, dan rakan-rakan yang saya hormati

                          Tulis kerangka penulisan   sekalian. Hadirnya saya di pentas yang indah ini bertujuan
                          berdasarkan teks.       untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Rekreasi
                                                  Dapat Memberikan Manfaat kepada Masyarakat”.
           T
           E        Hadirin sekalian,
           M
           A        Rekreasi atau riadah ialah kegiatan yang menyeronokkan, yang boleh menyegarkan badan
                    dan melapangkan fikiran melalui istirahat dan aktiviti yang menghiburkan hati. Oleh itu,
          12        masyarakat hari ini tidak boleh menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak

                    berekreasi. Kita akan memperoleh pelbagai manfaat apabila melakukan aktiviti rekreasi.
                       Aktiviti seperti berjoging, berbasikal, dan mendaki gunung boleh menyihatkan tubuh
                    badan. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul
                    di dalam badan dapat dikurangkan. Badan kita akan berpeluh. Apabila badan kita sihat,
                    penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi dapat dihindari,
                    bak kata pepatah Melayu, mencegah lebih baik daripada mengubati.

                    Hadirin sekalian,
                    Selain itu, aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap hujung minggu juga mampu menjadi
                    pemangkin untuk mengurangkan tekanan perasaan atau stres dalam diri seseorang. Keletihan
                    dan bebanan kerja yang berterusan menyebabkan seseorang menghadapi kemurungan, lesu,
                    dan tidak bersemangat. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan prestasi kerja merosot
                    dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak atasan,
                    dilucutkan jawatan, dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu menenangkan fikiran dengan
                    melakukan aktiviti riadah.
                       Kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang sibuk bekerja menyebabkan masa untuk
                    bersama-sama dengan anak-anak begitu terhad. Oleh itu, aktiviti riadah yang dilakukan
                    bersama-sama dengan keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Semasa beriadah,
                    ibu bapa boleh menasihati anak-anak tentang nilai murni dalam kehidupan sehari-hari.


                    Hadirin sekalian,
                    Akhir kata, kita perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan berekreasi. Amalkan aktiviti
                    berekreasi dalam kehidupan sehari-hari. Negara yang maju lahir daripada masyarakat yang
                    sihat dan cergas.                                          TEROKA MINDA

                    Sekian, terima kasih.                              Pada pendapat anda, bagaimanakah kita
                                                                       boleh menangani masalah stres melalui
                                                                       aktiviti berekreasi?


                    136             3.4.1
                    136
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155