Page 95 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 95

Lautan Budi Tepian Akal



                                                                                                 IMBAS SAYA

                             Baca dan fahami bahasa berirama, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
                             1.  Apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu berilmu dan berbudaya?
                             2.  Apakah manfaat yang diperoleh jika seseorang itu berilmu dan berbudaya?          TEMA 7  TEMA 7




                    Berilmu dan Berbudaya


                     Orang berilmu mengangkat keseniannya;
                         Seni tersurat seni tersirat
                         Seni membawa manfaat
                         Seni menambah berkat                                                                     Indah Seni Gah Budaya Indah Seni Gah Budaya
                         Mengukur tajamnya pandangan
                         Menyelam dalamnya fikiran
                         Menilai tingginya peradaban
                         Menjadi pujaan zaman-berzaman.
                         Orang berilmu orang berbudaya;
                             Bahasa ditatang budi dijulang
                             Puji berpada keji tiada
                             Cakap sepatah seribu makna
                             Berhias berpantun berperibahasa
                             Adat usang menjadi pusaka
                             Elok dipakai tak elok disukat
                             Menjadi tunjang hidup muafakat
                             Menjadi panduan hidup tak sesat
                             Menjadi petunjuk supaya selamat.
                                                                                 Bahasa berirama ialah sejenis puisi
                            Ilmu, seni, dan budaya;                              lisan Melayu yang tertua. Bahasa
                                Bak lagu dan irama                               berirama ini biasanya digunakan dalam
                                Berjalan seiring berpisah tiada                  cerita rakyat seperti Hikayat
                                Menjadi wajah sesuatu bangsa                     Awang Sulung Merah Muda dan
                                Menjadi lambang citra negara           Hikayat Malim Deman. Dalam bahasa berirama ini,
                                Menjadi pedoman nusa berjaya           irama sangat dipentingkan dan ungkapan dicipta
                                                                       melalui baris-baris yang pendek.
                                Rakyat hidup aman sentosa
                                Bertiangkan agama bersendikan syarak
                                Hidup selamat dunia akhirat.                   Buat rujukan untuk mencari contoh
                                                                               bahasa berirama daripada bahan lain.
                            Zanariah Abdol
                            SM Sains Johor






                          4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan
                                                                                                          8383
                              betul dan mengikut konteks.                                                 83
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100