Page 96 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 96
Pandai Ukir
IMBAS SAYA
1. Kenal pasti kata kerja transitif dan tentukan sama ada kata kerja tersebut mempunyai
TEMA 7 TEMA 7 2. Bina satu ayat bagi setiap kata kerja transitif yang berikut untuk membezakan
satu atau dua objek.
iii. mengikut – mengikuti
i. membuat – membuatkan
penggunaannya berdasarkan konteks yang sama:
ii. mengukir – mengukirkan iv. menghadiahi – menghadiahkan
Indah Seni Gah Budaya Indah Seni Gah Budaya Beliau pandai mengukir kayu dengan menggunakan Memotong
Bapa saudaraku, iaitu Pak Utih Salim, ialah pandai ukir.
pelbagai teknik. Semasa mengunjungi rumah Pak Utih
Salim di Besut, Terengganu, aku terpegun melihat beliau
membuat ukiran. Ketika itu, beliau sedang menyiapkan
kepala katil dengan menggunakan teknik ukiran tebuk
tembus. Beliau telah menebuk sekeping papan hingga
tembus dengan teliti menggunakan gerudi gergaji.
Di bengkel yang sama, anaknya, Abang Zaid, yang juga
sepupu aku, sedang mengukir sekeping papan dengan motif Memahat
bunga. Teknik yang digunakan ialah teknik ukiran bunga
timbul. Menurut Abang Zaid, ukiran itu untuk perhiasan rumah.
Kulihat Abang Zaid sungguh cekap dan kreatif. Menurut ayah,
Abang Zaid mempelajari kemahiran mengukir kayu sejak
berusia 12 tahun. Pada usia 13 tahun, hasil ukirannya yang
pertama telah dijual dengan harga RM500.00.
Sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur, Abang Zaid telah
mengeluarkan sebuah kotak. Di dalam kotak itu, terdapat
cebisan kayu sungai yang diukir untuk perhiasan rumah. Melarik
Wah, kayu sungai hanyut pun boleh dibuat perhiasan! Hebat
sungguh, kerana tiada rotan, akar pun berguna. Menurut
Abang Zaid, akar kayu sungai itu diukir menggunakan teknik
ukiran kayu hanyut yang dipelajarinya semasa mengikuti
kursus. Dengan tidak disangka-sangka, Abang Zaid telah
menghadiahiku ukiran tersebut. Apa lagi, aku pun melompat
kegembiraan sambil mengucapkan terima kasih. Ada ubi ada
batas, ada hari boleh balas. (Sumber: Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia)
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.
8484

