Page 97 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 97

Unit
                          14            Segalanya Bermula di Sini







                               Rumahku Syurgaku                                                                   TEMA 7






                             1.  Bandingkan ciri-ciri rumah tradisional dengan rumah moden dan kenal
                                pasti masalah bagi kedua-dua jenis rumah tersebut.
                             2.  Cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.


                    Rumah ialah tempat untuk kita berlindung daripada panas matahari dan hujan ribut. Rumah juga   Indah Seni Gah Budaya
                    tempat untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Selain itu, rumah juga menjadi tempat
                    untuk kita  membina keluarga yang bahagia  sesuai dengan  ungkapan “Rumahku,  Syurgaku”.
                    Yang berikut adalah antara ciri rumah tradisional dan rumah moden.

                                                       Bumbung berlubang dan mempunyai sedikit ruang di antara
                                                       bumbung atas dengan bumbung bawah untuk menarik keluar
                                                       udara panas secara semula jadi.


                                                                  Bahan binaan semula jadi yang digunakan
                                                                  merupakan penebat haba yang baik.



                                                             Tiang yang tinggi membolehkan udara beredar dengan
                                                             mudahnya.  Air juga boleh bergerak bebas di bawah
                                                             rumah dan dapat mengelakkan banjir.
                      Bumbung ditutup sepenuhnya dan
                      menggunakan  bahan binaan yang                                 Langkah penyelesaian masalah
                      menyerap haba.                                                 adalah seperti yang berikut:
                                                                                     1.  Fahami maklumat dan kenal
                                                                                        pasti masalah.
                                                                                     2.  Jelaskan masalah tersebut.
                                                                                    3.  Cadangkan penyelesaian masalah
                    Bahan binaan yang                                                 yang berkesan.
                    digunakan merupakan
                    bahan penyerap haba.                                                Terokai maklumat tentang
                                                                                        kepelbagaian reka bentuk
                                                                                        rumah yang terkini.


                     Tidak mempunyai tiang. Bangunan dibina di atas tanah.


                          1.5.2  Memberikan jawapan dengan pelbagai penyelesaian masalah tentang sesuatu perkara dengan betul,
                              tepat dan secara bertatasusila.                                             85
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102