Page 115 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 115
najis. Jika sistem pembentungan najis tidak dijaga rapi oleh pihak berkuasa tempatan, pasti
Malaysia mempunyai ramai pesakit tifiod. Tetapi sebagai langkah pencegahan awal, setiap
pengendali wajib mengambil suntikan ini kerana sebilangan besar pengendali makanan di
premis makanan adalah pekerja asing yang datang dari negara-negara yang kurang maju
dimana sistem pembentungan najis mereka tidak bersistem dan tidak dipantau oleh pihak
berkuasa tempatan mereka. Oleh itu, adalah wajib bagi pihak Kolej Komuniti yang menawarkan
bidang makanan khususnya melaksanakan kewajipan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar
sebelum mereka berdaftar sebagai pelajar bidang makanan dan suntikan anti tifiod semasa
didalam pengajian.
Selain kursus LPM dan pemeriksaan kesihatan serta suntikan anti-tifiod, pelajar-
pelajar ini perlu lebih kerap didedahkan dengan latihan-latihan asas penyediaan makanan
untuk menjamin keselamatan makanan. Oleh itu, para pensyarah di Kolej Komuniti
khususnya perlulah mempunyai ilmu pengetahuan tentang kebersihan dan keselamatan
makanan secara asas dan khusus. Cadangan saya ialah, unit Latihan di setiap Kolej Komuniti
yang menawarkan kluster makanan seperti Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Pastri
dan Kulinari perlu memasukkan latihan penyediaan makanan dan latihan kebersihan dan
keselamatan makanan sebagai latihan wajib kepada pensyarah bidang untuk up-skilling serta
re-skilling pengetahuan kita tentang ilmu pencegahan keracunan makanan ini.
8. KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian ini boleh disimpulkan bahawa pelajar-pelajar dari bidang
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makananm, Kolej Komuniti Sik ini mempunyai amalan baik
terhadap kebersihan dan keselamatan makanan yang boleh menjana kepada penghasilan
produk makanan yang baik. Tetapi habit ini tidak lah berterusan dimana pelajar-pelajar ini
perlu kerap diberi teguran tentang kebersihan diri dan perilaku ketika melaksanakan amali.
Diharapkan hasil kajian ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja pelajar
dalam mengendalikan makanan seterusnya amalan ini dibawa sehingga mereka bekerja di
luar nanti.
113

