Page 113 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 113
Jadual 5 menunjukkan data pengendali makanan semasa penyediaan, pembungkusan,
penghidangan dan penyimpanan yang bersih dan selamat dimana data yang diperoleh
majoriti berada di skala bersetuju > 80.9%. Pengendali mestilah memakai sarung tangan
semasa mengendalikan makanan dalam kategori produk akhir, dimana makanan terus
dimakan selepas dibeli oleh pelanggan. 76 (80.9%) setuju berkenaan pemakaian sarung
tangan tersebut. Makanan yang disediakan mestilah berasal dari bahan mentah yang baik
supaya makanan tadi tercemar oleh bakteria, 92 (97.9%) bersetuju dengan penyataan ini dan
makanan bermasak mestilah dikendalikan di atas meja supaya kekotoran dan bakteria dari
lantai tidak berpindah kepada makanan tersebut, 93 (98.9%) bersetuju. Bagi makanan yang
memerlukan peti sejuk sebagai transit simpanan, mestilah berfungsi dengan baik dan suhu
mencukupi bagi penyimpanan sejuk dan sejukbeku, 91 (96.8%) setuju.
JADUAL 6: Nilai Frekuensi Dan Peratus N (%) Amalan kebersihan di makmal.
BIL KOMPONEN TIDAK KURANG SETUJU(S)
SETUJU (TS) SETUJU (KS)
18. Saya sentiasa menjaga
kebersihan dapur secara 3 (3.2%) 0 91 (96.8%)
berterusan.
19. Saya memastikan meja
penyediaan makanan 0 0 94 (100%)
sentiasa bersih sebelum dan
selepas kelas amali.
20 Saya membersihkan sisa
makanan yang tumpah ke 2 (2.1%) 0 92 (97.9%)
lantai dengan segera.
21. Saya memastikan makmal
tidak berbau busuk yang 3 (3.2%) 0 91 (96.8%)
boleh mengundang lalat.
22. Saya akan memastikan
binatang seperti kucing 3 (3.2%) 0 91 (96.8%)
dijauhkan dari kawasan
penyediaan makanan.
23. Saya memastikan tong 0 0 94 (100%)
sampah sentiasa ditutup.
Jadual 6 menunjukkan data amalan kebersihan di makmal. Oleh kerana Kolej Komuniti
Sik menawarkan kos Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, kami banyak melaksanakan
kelas amali di makmal bakeri, makmal konfeksionari, makmal pemprosesan dan makmal
persediaan. Makmal ini seumpama sebuah dapur dimana kelas amali berlaku dan juga aktiviti
keusahawanan dan aktiviti inovasi. Jadi masa pelajar banyak dihabiskan di dapur makmal.
Melalui soalan kaji selidik bagi amalan kebersihan di makmal, majoriti pelajar bersetuju
bahawa makmal mestilah didalam keadaan bersih sepanjang masa. Sampah di selenggara
setiap hari supaya makmal kekal bersih dan tidak mengundang kehadiran LILATI (lipas, lalat
dan tikus). Tong sampah juga dipastikan mempunyai penutup dan dilengkapi dengan plastik
sampah serta sentiasa bertutup.
111

