Page 114 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 114
7. PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Data yang diperoleh menunjukkan faktor demografi (umur, pengalaman dan tahap
pendidikan) pelajar adalah tidak berkaitan sama sekali dengan tahap pengetahuan dan amalan
kebersihan dan keselamatan makanan di makmal. Hampir keseluruhan pelajar berumur <
20 tahun dimana mereka baru tamat peperiksaan SPM sebelum memasuki Kolej Komuniti
dan mempunyai pengalaman < 1 tahun dalam pengendalian makanan. Oleh kerana faktor
umur yang masih muda dan kurang pengalaman dalam bidang pengendalian makanan ini,
secara teorinya pelajar-pelajar masih lagi kurang berpengetahuan tentang kebersihan dan
keselamatan makanan. Tetapi kajian menunjukkan tahap pengetahuan pelajar ini sangat tinggi
terhadap amalan kebersihan diri, amalan pengendalian, amalan penyediaan, pembungkusan,
penghidangan dan penyimpanan serta amalan kebersihan makmal. Ini disokong oleh kajian
Abdul Mutalib( 2012) menyatakan hubungan di antara karakter sosia-demografi seperti umur,
jantina, tahap akademik dan tahap pengalaman tidak berkaitan dengan tahap pengetahuan
dan amalan oleh pengendalian makanan.
Secara keseluruhannya, faktor pengetahuan tidak boleh diukur dengan melihat data
demografi semata-mata sebaliknya bergantung kepada sesi latihan asas penyediaan makanan.
Ini disokong oleh kajian Sani dan Snow (2013), tahap amalan kebersihan pengendali makanan
bergantung kepada tahap pengetahuan mereka di dalam bidang keselamatan dan ilmu ini
hanya diperolehi daripada latihan atau latihan yang berkaitan.
Cadangan penambaikkan bagi meningkatkan lagi kebersihan dan keselamatan makanan
di makmal adalah penyertaan kursus latihan pengendali makanan secara berperingkat.
Didapati 75.5% responden belum menghadiri kursus LPM ini walaupun ia telah diwajibkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Peraturan –Peraturan Kebersihan Makanan
[Per.30]. Pihak Kolej Komuniti Sik perlu mewajibkan setiap pelajar menghadiri kursus ini
sekurang-kurangnya pada semester 3, sebelum pelajar di hantar menjalani latihan industri.
Ini sebagai langkah persediaan awal sebelum mereka bekerja secara realistik di luar sana.
Selain itu, perkara wajib lain kepada pengendali makanan ialah pemeriksaan kesihatan
dan suntikan anti-tifoid. Menurut data kajian, 84% pelajar belum mendapatkan suntikan
anti-tifiod dan hanya 55.3% pelajar telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Menurut
[Per.31] di dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan, semua pengendali makanan
hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
Setiap pengendali perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka
tiada penyakit berjangkit seperti HIV, Aids atau TIBI serta penyakit bawaan air & makanan
seperti demam kepialu, kolera, hepatitis A, disentri atau cirit-birit. Jika pengendali makanan
mempunyai penyakit seperti diatas, mereka tidak dibenarkan mengendalikan makanan
sehingga mereka disahkan sihat. Ini kerana penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air dan
makanan ini mudah merebak melalui cecair pada tubuh badan kita. Suntikan anti-tifiod juga
wajib keatas pengendali makanan untuk mencegah demam kepialu kerana tifiod (Salmonella
typhii) mudah menjangkiti orang lain melalui penyediaan makanan oleh pengendali pembawa
bakteria tifiod. Pembawa bakteria tifiod sukar dikesan kerana tiada gejala simptom kepialu
tetapi bakteria ini hadir pada urin, darah dan najis dan boleh menjangkiti orang lain melalui
112

